Sunday 31 January 2016

Sate Kajang Haji Samuri Delivery



Hai! 

Untuk survive dekat kolej cuti sem ni, macam-macam jenis delivery food dah yang aku order. Biasalah, kafe kolej aku tak bukak. Kafe kolej sebelah bukak weekdays je. So, weekend kena pandai-pandailah nak hidup. Aku dah try dua kali order sate kajang ni. 

Sate Kajang Delivery
Gambar diambil dari BLOG NI

Minimum order 50 cucuk ye. Kalau rasa banyak sangat nak makan sorang-sorang (actually memang banyak pon), ajaklah member-member order sekali. Boleh beritahu nak asingkan kepada berapa plastik. Setiap plastik nak sate jenis apa, kuah nak asing, nak nasi impit ke apa-apa je lah.

 
Ni harga sate yang aku order.

Hubungi 019-9556318 untuk tempahan sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya. 
Waktu tempahan : 10.30 pagi - 5.30 petang
Waktu penghantaran : 12.00 tengah hari - 10.30 malam (Jumaat : 4.30 petang - 10.30 malam)
Info terkini, rujuk SATE KAJANG

*Entri ni tidak dibayar. Hanya untuk berkongsi maklumat semata-mata.

Peace. daa~~



Free Template From Blogger Rrai



Hai! 

Hari tu aku ada join segmen yang blogger Rrai anjurkan dan menang SEGMEN NI. Alhamdulillah. Memang waktu tu tengah fikir-fikir nak upah mana-mana blogger yang buat service edit blog. Tiba-tiba rezeki dekat depan mata, aku pon apa lagi. Tak fikir panjang dah. Terus join

 

Gambar atas ni blog aku yang lama. Ingat lagi tak? Hehe. Yang bintang-bintang penuh satu blog tu.

 

Yang ini pula rupa blog aku yang baru macam sekarang ni. Bertemakan salji dan bintang dengan gabungan warna putih + gold + hitam + grey. Thanks RRAI sebab sudi design. Lawa sangat-sangat pada mata aku. Kalau orang lain kata tak lawa, aku tetap kata lawa. Haha. Bila Rrai hantar design ni dekat email, terpana kejap. Lepas tu asyik cakap sorang-sorang, "lawanya""yeppuda". Siap brag dekat FB dengan WeChat lagi tu. Over sangat. Gedik betul. Kikiki. 

Rrai siap bagi template pakej dengan watermark tau. So, aku nak guna watermark Rrai buatlah lepas ni untuk entri yang aku tak set kan "scheduled" lagi. Oyehhh. =D 

Kalau nak tempah template blog you all, bolehlah contact blogger RRAI.

Daa~~




Lesson 3 : Allele


Hai!!

Mari belajar istilah genetik bersama Cikgu Najwa. Ewahh..


Apa itu gene? Rujuk SINI

Complex explaination:

An allele is one of two or more versions of a gene. An individual inherits two alleles for each gene, one from each parent. If the two alleles are the same, the individual is homozygous for that gene. If the alleles are different, the individual is heterozygous. Though the term "allele" was originally used to describe variation among genes, it now also refers to variation among non-coding DNA sequences.

Contoh: 


Dua jenis alleles yang digunakan dalam gambar ni iaitu B dan b. Kedua-dua alleles mewakili gene kepada warna mata iaitu brown colourAllele ada dua jenis iaitu dominant dan recessive allele.
Seperti yang gambar ni nyatakan, B adalah dominant dan b adalah recessive. Bila ada B, confirm dia menang. Mata akan jadi brownAllele b kena ada dua, baru boleh menang dan mata tak akan jadi brownSo, dia akan jadi biru.

Faham tak? Kalau faham, bagus. Kalau tak faham, tanya.

Saturday 30 January 2016

The FYP Part 7 : Oh My Sequence


Hai! 

Hari khamis baru ni aku ulang balik step yang tak jadi dekat FYP 6. Alhamdulillah aku berjaya dapat apa yang aku nak. Tapi, aku tak pasti result tu betul ke tak. Macam ni, aku nak result yang saiz nya 991 base pairs tapi apa yang aku dapat tu antara 1000 ke 1500 base pairs. Result tu dah dekat tapi tak sharp. Sabar je la. Aku dah tak tahu silapnya dekat mana sekarang ni. Isnin ni aku nak try sekali lagi dan kalau result dia sama, betul lah tu. Kalau berubah lagi, rasanya kena buat lagi cDNA tu. Malasnya la hai. 

complementary DNA (cDNA) : double-stranded DNA synthesized from a messenger RNA (mRNA) template in a reaction catalysed by the enzyme reverse transcriptase. It can be used as a probe in physical mapping to locate the gene or can be cloned in the double stranded form.


Friday 29 January 2016

Giveaway 2016 TAHUN IMPIAN KITA by Mawar Assufi


Hai!! 

Thanks to IzyanYanCinnamon for tagging me
Untuk sertai, KLIK SINI

Impian 2016?
1. Nak siapkan tesis dengan jayanya. *macam mimpi je
2. Nak habiskan praktikal dan harap semuanya lancar.
3. Nak grad dengan classmates dengan result yang tak mengecewakan.
4. Nak rehat dan tak nak fikir apa-apa. Haha.

Tag1 2 3 4 5


SEGMEN BLOGWALKING & BLOGLIST BY AINA AKMAL



Hai! 

Thanks dekat blogger yang sudi tag aku untuk join segmen Aina Akmal. Actually memang nak join tapi bookmark dulu. Hehe. 


Untuk sertai, KLIK SINI
Nak tagMAK GARANG

Memori? Ermmmm. Actually aku ni jenis short term memory. Kalau perkara tu tak awesome sangat, memang aku tak ingat. Hehe.  Tak ingatlah apa yang paling membahagiakan tahun lepas. Bahagia sikit-sikit tu adalah bila dapat dua tempat praktikal. Aku bahagia bila keadaan tu buat aku bahagia. Bukan perkara yang buat aku bahagia. Ok, Aku dah keluarkan statement yang complicated. Lupakan. Hehe. 


Segmen Bloglist by Cik Miela




Untuk sertai, KLIK SINI

Produce 101 - Viewers Are Producer

Hai!!

Aku nak share satu reality show yang baru ditayangkan, Produce 101. Dihoskan oleh Jang Keun Suk yang famous dengan lakonannya dalam drama You're Beautiful. Rancangan ni adalah untuk pilih 11 orang ahli girl group Kpop daripada 101 orang yang berbeza agensi. The agency's pride is on the line. Agensi-agensi besar Korea turut menyertai program ni seperti JYP, CUBE etc. Para penonton yang akan memilih 11 orang yang layak menjadi Kpop girl group. 100% viewers right. Macam-macam latar belakang trainee dari pelbagai agensi dapat kita tengok dalam show ni. Ada yang dah debut dah pon sebelum ni tapi jadi trainee balik. Ada yang dah 10 tahun jadi trainee tapi tak debut pon lagi. Ada yang memang dah famous walaupon tak debut lagi. 

Show ni aku agak untuk pastikan tak ada cakap-cakap belakang kata Kpop ni miming je, tak ada bakat pon, harapkan rupa je etc. Jadi sebab tu 100% penonton yang tentukan siapa yang layak dan orang macam mana yang mereka nak jadikan ahli girl group.  Selain dari tu, show ni adalah show pertama entertainment agencies bergabung untuk membentuk satu girl group yang akan debut pada April tahun ini. 

Untuk episod pertama baru ni, selepas peserta buat persembahan dan diberikan komen oleh juri / trainer / senior, mereka dikelaskan kepada enam gred (A,B,C,D,E dan F) mengikut kebolehan masing-masing. Gred tu penting untuk sistem pembelajaran yang lebih sistematik. 

Ada half-sibling Kim Soo Hyun tau. Siapa? Tengoklah. Sedap juga dia nyanyi. Somi SIXTEEN pon ada. Aku kenal Somi je. Yang lain-lain aku tak kenal. Hehe. 

Tonton onlinePRODUCE 101

Selamat menonton. 


Thursday 28 January 2016

Syak Dalam Solat


Syak dalam solat ni aku belajar masa form 4 ke form 5 macam tu dalam kelas Pendidikan Syariah. Mula-mula tu tak faham juga ada dia syak dalam solat ni. Maksud syak dalam solat ni ialah ragu-ragu atau was-was sewaktu solat sama ada dah buat ke belum sesuatu rukun tu.

Contoh :
1) Syak dalam rukun fi'li (perbuatan)
    - Was-was rakaat ke 3 atau ke 4

2) Syak dalam rukun qawli (bacaan yang dilafazkan)
    - Was-was sah baca Al-Fatihah atau belum

Penyelesaian :
Bila was-was dalam dua rukun tersebut, anggaplah masih belum melakukannya. Buat rukun tersebut. Akhiri solat dengan sujud sahwi.

Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tahiyaat Akhir, tepatnya sebelum mengucapkan salam.

Bacaan sujud sahwi :


Untuk penerangan yang lebih jelas, rujuk SINI dan SINI. Harap membantu. Kalau ada salah, bagitahu ye. Boleh sama-sama kongsi ilmu.

Segmen Pencarian Bloglist 2016 by LE.JH

Untuk sertai, KLIK SINI
Goodluck =D

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016

Untuk sertai, KLIK SINI
Goodluck everyone.
Have a nice day.

Wednesday 27 January 2016

20 Rekaan Kad Kahwin Unik dan Trending


1. Passport style


2. Cadbury chocolate style


3. Newspaper style


4. Exercise book style


5. Exam paper style


6. Envelope style


7. Pos Laju style


8. COC game style


9. Candy Crush game style


10. Smartphone style


11. Facebook style


12. Twitter style


13. Instagram style


14. Youtube style


15. Football ticket style


16. VCD style


17. Identification card style


18. Hand fan style


19. Access card style


20. Electrical bill style


Boleh tahan kreatif masyarakat kita sekarang. Banyak lagi design yang unik dan menarik tapi aku muatkan dalam entri ni hanya 20 sahaja. Semua gambar aku ambil dari Google Image. Credit to pemilik-pemilik gambar. Aku kahwin nanti nak buat style lencana sekolah pulak. Amacam? Hehe.

Kalau Hati 2 : Mendung

So, jangan merajuk-merajuk selalu. Nanti kena tinggal. Hikss.

Tuesday 26 January 2016

Segmen Bersama Leya Yeolly

 



Untuk joinKLIK SINI

Tag1 dan 2

The FYP Part 6 : Repeat Step PCR


Hai! 

Hari ni aku seharian dekat lab. Buat punya buat experiment, tapi tak dapat result yang aku nak. There is no clear band appear after the electrophoresis step

Gambar contoh ambil dari Google Image. 

Sepatutnya ada garis-garis putih tu untuk setiap baris. Tapi aku buat tadi tak dapat. Sabar je la. Yang barisan pertama garis banyak-banyak tu dapatlah sebab tu marker je. Huhu. Lusa kena ulang balik la step tadi. Seharian lagi bertapa dekat lab. Tak pe. Fighting. Baru sekali gagal. Belajar dari kesalahan. Tapi aku tak tahu aku salah part mana tadi. Apa-apa je la. Yang penting aku nak siapkan cepat dan nak balik rumah. Mak dah tanya banyak lagi ke tak siap. Banyak dah buat tapi banyak juga kena ulang balik, mak. Huwaaa.   *nangis tak berhenti-henti. =P

Polymerase Chain Reaction (PCR) : A laboratory technique used to make multiple copies of a segment of DNA. PCR is very precise and can be used to amplify, or copy, a specific DNA target from a mixture of DNA molecules.

Electrophoresis: A method used in clinical and research laboratories for separating molecules according to their size and electrical charge. An electric current is passed through a medium that contains the mixture of molecules. Each kind of molecule travels through the medium at a different rate, depending on its electrical charge and molecular size. Separation of the molecules occurs based on these differences.


Monday 25 January 2016

Pencarian Mega Bloglist By Aisyhah Nyais



Untuk sertai, KLIK SINI

Tag1 2 3
Jom join sekali.
Goodluck.

My Princess Korea Drama



Hai! 

Hari ni aku nak share drama yang dah ditayangkan pada tahun 2011. Sinopsis nya cliche je tapi pada aku cerita ni fun. Ada sedih, ada lawak, ada yang buat aku confuse. Kisah nya tentang Lee Seol, seorang pelajar kolej biasa dan yatim piatu. Dia tinggal dengan mak angkat dia. Ada seorang kakak yang juga yatim piatu. Lee Seol, kakak dia dan mak angkat dia tu tak ada pertalian darah pon. Mak angkat dia jaga mereka sebab kasih sayang je, bukan anak kandung. Lee Seol ni admire dekat lecturer dia, Nam Jung Woo. Nam Jung Woo ni suka dekat Oh Yoon Joo. Oh Yoon Joo ni anak kepada PA Chairman Daehan Group. Chairman Daehan Group tu ada cucu, Park Hae Young. Park Hae Young suka Oh Yoon Joo. Lepas beberapa kejadian berlaku, Park Hae Young jumpa Lee Seol dan dia kata Lee Seol tu princess yang Chairman tu cari. Lee Seol jumpa Chairman tu sebab dia nak tahu ayah kandung dia dekat mana je. Rupanya ayah dia dah tak ada. Lee Seol tak nak jadi princess tapi dia terpaksa jadi juga untuk bersihkan nama ayah dia yang dituduh sebagai orang jahat something like that. Lee Seol terpisah dengan keluarga angkat dia atas dasar tanggungjawab kepada rakyat. Kakak angkat Lee Seol tikam dia dari belakang. 

Nanti Hae Young suka tapi khianat dekat Lee Seol. Kenapa? Kenalah tengok. Lecturer dia pon bekerja untuk Lee Seol tapi apa tujuan dia? Siapa yang bunuh ayah Lee Seol? 


Tajuk : My Princess
Genre : Romantik, komedi
Episod : 16
Ditayangkan : 5 Januari 2011-24 Februari 2011
Pelakon :-
- Kim Tae Hee (sebagai Lee Seol)
- Song Seung Heon (sebagai Park Hae Young), pelakon drama Dr.Jin
- Park Ye Jin (sebagai Oh Yoon Joo)
- Ryu Soo Young (sebagai Nam Jung Woo)
- Lee Soon Jae (sebagai Chairman Park Dong Jae)
- Lee Gi-Kwang (sebagai Gun, Royal Chef)

Watak Gi Kwang (BEAST) adalah antara sebab lain aku suka tengok cerita ni. =D
Nak tengok dekat mana? Kat Youtube je.
Harap you all terhiburlah tengok drama ni.

Aku dah jadi peminat baru dia ni (Seung Heon). Haha.
Muka sengal dia masa berlakon tak boleh bla.


Ailurophobia


Hai!

Aku tak sangka kisah kucing semalam yang aku share DI SINI dapat menghiburkan ramai orang. Tak apa lah. Kalau orang lain suka, aku seorang je yang takut pon, tak apa. Malam semalam bila aku agak kucing tu dah tak ada, aku pergilah toilet. Kau tau, kucing tu ada dekat sinki depan toilet tu. Sabar je la. Aku dengan tak sempat fikir panjang dah, aku naik bilik air tingkat atas. Tak lama lepas tu, kucing tu naik juga tingkat yang sama. Apalah aura yang aku ada sampai kucing ni admire dekat aku. Aku dah tabah sikit dah kali ni. Aku buat tak tahu je tapi aku turun tingkat bawah ikut tangga lain. Alhamdulillah kucing tu ikut separuh jalan je. 

Malam tadi aku memang tak dapat nak tidur. Pukul 3.15 pagi macam tu baru aku rasa boleh terlelap. Aku still nervous bila fikir pasal kucing tu malam tadi. Macamlah ada buaya depan bilik aku. Kucing je. Adoi. Aku tak tahulah. Sebelum tidur tu dalam pukul 1 lebih aku dengar bunyi something cakar-cakar belakang meja study aku. Aku terus fikir ada kucing lagi dalam bilik aku. Kalau ada seekor lagi tertinggal dalam bilik aku, memang pengsan lah. 

Alhamdulillah aku ok lagi sampai pagi ni. Nak keluar pergi toilet pagi tadi kucing tu dah tak ada. Fuhhh. Harap-harap dia pergi bermastautin dekat tempat lain. I bukan tak nak share rezeki or apa-apa je dengan you, kucing. Tapi aku takut. Bukan takut, nervous. Entahlah. Aku pon tak tahu. 

Kalau aku jadi budak baju hijau ni, aku rela pengsan. Huhu.
Aku agak fobia aku makin teruk.
.Waktu nak cari gambar ni, aku tak boleh tengok gambar kucing yang real.
Kucing real yang comel boleh lagi kot.
Apa nak jadi.
Dah besar pon takut kucing lagi.

Sunday 24 January 2016

Banner Segmen Awak Orang Mana


Hai!

Awal Januari baru ni aku ada joined SEGMEN AWAK ORANG MANA yang dianjurkan blogger Rrai. Hari ni aku dah dapat dah banner yang dijanjikan oleh penganjur. Lawa tau. Jangan jealous.


Tadaaa!! 
Bingkai hitam dan background oren tu aku yang edit sebab aku order banner warna ala-ala putih. Kod warna, F4FCE8 (praise colour).

Disebabkan aku tulis dalam entri segmen tu yang aku asal Jengka dan menetap di Jerantut. Makanya aku dah buat penganjur confuse untuk buat banner ni. Hehe. Sorry Rrai. So, tak kisahlah aku orang mana. Yang penting aku orang Pahang. Settle. Jengka ke Jerantut ke, dua-dua tempat aku membesar dan jadi manusia macam sekarang. Alhamdulillah. Aku dah letak banner di bawah pageview belah kanan blog ni. Tengoklah. =D


Ribuan terima kasih untuk BLOGGER RRAI sebab anjurkan segmen ni dan buat banner yang comel. Saranghaeyo! =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI