Sunday 14 June 2015

The Jurassic World movie

Assalamualaikum, hai!!

Siapa minat cerita Jurassic Park? Cerita tu ditayangkan setahun sebelum aku lahir. Jadi, aku tak familiar dengan cerita dinosaur ni. =P Alasan. Hehe. Sebenarnya, aku baru layan Hollywood movie ni. Dulu aku tak layan sangat. Asyik layan cerita negara jiran je. Waktu tengok Tomorrowland hari tu, tertengoklah iklan cerita Jurassic World. Berkobar-kobar nak tengok. Tak sedar tengah musim exam
Maka, untuk menunaikan hajat aku, aku telah mengheret 3 orang classmates aku yang sama-sama bersuka-ria di Floria hari tu. Lepas solat Maghrib semalam, dalam pukul 8.30 malam, kami bertolak ke IOI City Mall, Putrajaya. Ni first time aku nak tengok wayang dekat IOI. Sebab sebelum ni pergi Mid Valley, Alamanda dengan The Mines je. Sampai je dekat area kaunter tiket, tak terkata panjangnya barisan. Ramai sangat manusia dekat muka Bumi ni. Setelah bermesyuarat, kami putuskan untuk ke Alamanda. =P Tak dapatlah lagi nak merasa seat IOI. 
Alkisah dekat Alamanda, tiket hanya ada pukul 12.00 ke atas. Haru betul hidup. Dah alang-alang sampai, layan sajalah. =( 
Sementara nak tunggu pukul 12, kami ke Presint 9 untuk mengisi perut yang dah meronta kelaparan. Aku sorang-sorang makan nasi ayam penyet, yang 3 orang lagi pilih Western food. Lepas makan, tak tahu nak buat apa dah. Nak merayau pun, nak pergi mana. 
Akhirnya, kami menyumbangkan suara dekat Superstar. Habis sejam, bergeraklah ke GSC. Sebelum showing time, sempat lagi ambil gambar. =P 

ingatkan nak selfie and jadikan gambar ni background, tapi segan. Ramai pulak orang pandang. =(

Cerita Jurassic World tu mula-mula dia macam ni. Dua orang adik-beradik, Zach (abang) dan Gray (adik lelaki) pergi melawat Auntie Claire (adik kepada mak budak dua orang tu) yang bekerja dekat 'taman tema' Jurassic World. Tempat tu dekat pulau, jadi mesti naik kapal untuk ke pulau tu. Waktu mereka sampai dekat Jurassic World tu, pekerja Auntie Claire yang jadi pengasuh. Nama dia Zara.Zara ni pelakon cerita Merlin yang jadi Morgana tu. Tak lama lepas tu, mereka jumpa Auntie Claire tapi dia sibuk. So, dia tak layan sangat anak saudara dia tu. Budak dua orang tu lari dari jagaan Zara dan pergi melawat sekitar tampat tu. Nak dijadikan cerita, seekor dinasor yang telah diubah genetiknya melarikan diri dari kurungan dan membunuh semua hidupan yang bergerak. Bahagian yang berbahaya diarahkan untuk ditutup tapi Zach dengan Gray tak tahu tentang tu. Mereka terus masuk ke hutan sehingga hampir dibaham oleh dinasor tersebut. Macam-macam aksi suspen dan dasyat dipertontonkan. Bagaimana Zach dan Gray selamat dan bagaimana untuk bunuh dinasor ganas tersebut? Silalah ke pawagam. 


Selamat menonton. Tak lupa juga ucapan tahniah untuk kak Fatin Liyana dan suami yang baru mendirikan rumah tangga. 
cantik sangat-sangat. Moga terus success dan stay solehah. 


terima kasih sebab sudi baca =D

*thanks untuk yang kongsi gambar kak Fatin .

Sunday 7 June 2015

The Royal Floria Putrajaya 2015 event

Assalamualaikum..


Ha, boleh ke kalau aku kata biar gambar berbicara? Haha, nampak tak malas nak taip panjang-panjang. 


Semalam aku dengan tiga orang lagi classmates gigih nak pergi Floria. Konon nak hilangkan tension study kan. Ceh. Nak berjalan je sebenarnya. Pukul 6.15 petang kami bertolak dari UKM ke Putrajaya. Singgahlah dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk solat Maghrib. Baru aku tahu ada bahagian solat wanita SAHAJA dalam masjid tu.Selama ni aku tahu tempat solat utama je. Yang tak berapa privacy bagi aku tu. Lepas sembahyang, sesatlah pula nak mencari tempat simpan selipar tadi. Kalau pergi sini jarang-jarang, memang sesatlah jawabnya.

Untuk ke Anjung Floria, kami menggunakan bantuan Waze  *bagi mengelakkan kesesatan.
Tempat kami park kereta tu agak berlubang dan berlopak jugalah. Jadi, pandai-pandailah cari parking. Ada jualan makanan, persembahan dan pameran macam-macam jenis dekorasi bunga dari pelbagai tempat termasuklah Korea dan Taiwan.



Seperti gambar yang tertera di atas, tiket orang dewasa adalah sebanyak RM5.00. Bagi kanak-kanak bawah 6 tahun, FREE!!

Kami tak ronda banyak tempat pun dalam tu sebab penat berjalan. Aku pergi sebab nak berlatih fotografi sebenarnya. Masih guna AUTO sebab nak belajar Rule of Thirds dengan Field Depth dulu. Tapi cubaan kali ni tak berapa membuahkan hasil. Tapi, it's okay. Keep trying. 

Bila perut dah berdondang sayang, kami bergerak ke Taman Warisan Pertanian. Ingatkan nak makan sate atau roti john. Tapi kedai tutup agak awal malam semalam. Mungkin ramai orang datang sebab banyak events sekitar tu. So, bekalan habis awal.

Kami bertolak pulang dan makan di MZ Cafe, Sg. Merab. Aku tak ada ambil gambar dekat restoran ni. Sorry. Biar aku promote sikit. Restoran dan tempat park kereta dekat sini luas. Banyak juga pilihan menu dan pelayan ambil order guna tab saja sekarang ni. Zaman dah maju. Hantar air pun naik roda apa tah. Memang style la. Risau pula aku kalau air tu tertumpah mencurah ke ladang gandum. =P Kami pilih tempat duduk dekat dengan TV. Ingatkan ada la siaran drama Melayu ke, apa ke, tapi tak ada. TV tu untuk iklankan menu yang ada di restoran tersebut. Untuk sesiapa yang malas tengok buku menu, tengoklah TV tu. =P

Lepas makan, balik!!

Sesiapa yang belum berkesempatan untuk pergi ke Floria, dialu-alukan pergi sebab hari ni hari last tau. Kalau pergi siang lagi jelas nampak kecantikan bunga-bunga di situ. Tapi, panaslah. Jadi, sediakan air banyak-banyak. Gambar-gambar di bawah ini antara hasil kerja aku malam semalam.














Tuesday 2 June 2015

The Tomorrowland Movie

Assalamualaikum..

Semalam aku menghabiskan masa dari 11 pagi hingga 5 petang di The Mines, Serdang termasuk waktu perjalanan pergi dan balik. Aku tak boleh nak fokus study kalau otak aku asyik terfikir nak tengok cerita Tomorrowland and shopping. Disebabkan aku tertengok trailer ni lah, aku terfikir-fikir cerita tu macam mana sebenarnya. Macam best je. Jadi, untuk meredakan rasa curious aku, aku pun pergilah tengok sendiri ceritanya.




Jalan cerita yang menarik walaupun mula-mula tu aku blur juga cara penceritaan watak tu. Cerita tu macam ada dua dunia yang berbeza. satu dunia saintis, satu lagi dunia biasa. Saintis menjangkakan dunia manusia akan musnah dan berlaku macam-macam bencana. Frank walker merupakan seorang yang genius telah melihat masa depan di mana dunia manusia hancur tetapi dia tidak tahu cara untuk memperbaikinya sebelum perkara itu betul-betul terjadi. Caset Newton, seorang budak perempuan di dunia manusia yang tidak berputus asa untuk mempertahankan pangkalan NASA daripada dimusnahkan (*kalau tak silap) sehinggalah dia ditahan polis kerana menceroboh. Setelah habis waktu tahanan, dia menjumpai pin misteri yang terselit di antara barang-barangnya. Melalui pin tersebut, pengembaraannya bermula sehingga dia tahu potensi dirinya dan berjumpa dengan Frank Walker. 

Cerita ni ada part yang lawak, style, aksi, dan lain-lain lagi. Memang tak bosanlah bagi aku tapi ending dia macam tak berapa mencapai objektif. By the way, it is good enough.

Sila ke pawagam untuk pengembaraan yang menyeronokkan. *iklan ok. 

Monday 1 June 2015

The classmate's wedding day

Assalamualaikum..

30 May yang lalu, berlangsungnya hari bersejarah bagi classmate aku, Khairunnisa kerana telah sah menjadi isteri orang. Untuk memeriahkan majlis dan menghuru-harakan suasana, kami sekelas dalam 15 orang telah membuat rombongan ke Kg. Jenjarom, Selangor. Perjalanan dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan tiba ke destinasi lebih kurang pukul 10.00 pagi. Kami sampai ke masjid tepat pada waktunya sebab pengantin lelaki pun baru sampai. Sempatlah kami melihat sendiri acara akad nikah dan mengambil gambar kalahkan artis dengan pengantin baru =P Setelah itu, kami bergerak ke Dewan Orang Ramai Kg Jenjarom bagi menikmati nasi minyak pengantin. =D Kami dapat doorgift yang special sebab kawan pengantin, kan. Hehe. Lepas makan tu, sambung pula makan aiskrim dan bergambar. Sebelum balik, kami merakamkan kenangan bersama pengantin di atas pelamin. Alhamdulillah, selamat sudah seorang classmate ke jinjang pelamin. Moga bahagia dan harmoni hendaknya.

Perjalanan di teruskan lagi ke Pantai Morib bagi menikmati keindahan alam sebelum memulakan study dan menghadapi final exam yang akan bermula pada 9 Jun ini. Di Pantai Morib ni, ada kemudahan surau, tandas awam, gerai, dan kedai-kedai jualan seperti makanan, pakaian dan permainan. Kami singgah di gerai makan berhampiran laut untuk menikmati air kelapa dan aku pula makan ABC. Sesuailah untuk dinikmati pada waktu panas sebab kami sampai di situ lebih kurang pukul 1.30 petang. Ada juga band yang merancakkan suasana dengan bermain alat muzik dan menyanyi.

Lebih kurang dua jam lebih di situ, kami bertolak pulang. Sebelum sampai ke UKM, kami singgah di Pasar Malam Seksyen 16 untuk membeli juadah makan malam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Welfie dulu sebelum bertolak ke kenduri


kereta pengantin lelaki baru sampai

  muka pengantin nervous sebelum akad nikah

Ni masa acara batal air sembahyang kata orang

Kompang di palu~ pengatin baru~ duduk bersanding~ tersipu malu

model doorgift yang comel

bersantai di Pantai Morib








The Study Tips

Assalamualaikum..

Musim-musim nak final exam tanpa study week ni, menggagau la masing-masing cari masa nak study. Aku pun samalah. Tak cukup dua tangan, satu otak, dua mata, nak buat semua kerja. Mana nak study lagi, tengok past year question, assignment, group work,lab report etc. Rasa macam nak minta pada Allah bagilah sehari tu 48 jam. Hehe. Sebab kita manusiakan. Siapa yang ada masa lapang 10 jam, dia study tak berhenti 10 jam? Tak adakan. Mesti ada time rehat-rehat, makan, dan sebagainya untuk hilangkan lenguh dan ringankan otak yang semakin penuh ilmu. =P Oklah, di sini aku nak kongsikan serba sedikit tip untuk belajar dan mudah ingat. Walaupun aku bukan budak genius ke pandai ke, tapi apa salahnya share ilmu. Cara study masing-masingkan lain sebab ikut tahap kepandaian dan kepantasan mengingat fakta bagi kami orang Bio ni. Memandangkan aku seorang yang lambat mengingat dan susah fokus dalam kelas, aku buat cara ini. :-

1) Datang kelas

Walaupun kerja ponteng kelas ni aku banyak kali juga buat, tapi selagi boleh datang, aku datang. Kalau kelas elektif tu, aku datang kalau rajin. Kelas subjek major, mesti datang kalau tak balik rumah. Aku bukan fokus sangat apa yang lecturer ajar sebab aku jenis belajar face-to-face, baru cepat faham. Aku susah nak interupt lecturer depan orang ramai. Tak kan setiap kali aku tak faham, aku nak angkat tangan. Bila nak habis syllabus. jadi, apa yang aku buat?

2) Record

Kalau dapat lecturer yang suara kuat, senanglah nak rakam kuliah dia. Tak perlulah sampai buat video macam nak letak dalam Youtube. Sound record pun dah cukup. Jadi, kalau dalam kelas aku tak sempat nak salin atau tak berapa fokus, recorder tu boleh jadi bahan rujukan. Aku bukan seorang yang rajin nak belek buku tebal-tebal bila dah puas Google tapi tak jumpa. Lagipun, apa yang lecturer cakap mesti keluar exam. Kalau dapat lecturer suara slow tu, pesanlah dekat beliau awal-awal untuk guna mic. Rakaman yang kita buat tu boleh dengar waktu nak tidur, sambil jalan-jalan atau waktu nak pergi jawab exam. Kalau nak membaca waktu nak pergi exam, rasanya semua terbang melayang macam tu saja. Tapi ada sesetengah orang cakap, kalau nak rakam suara cikgu mengajar kena minta izin dia dulu sebab nanti tak berkat ilmu yang kita dapat tu. Jadi, untuk keselamatan, mintalah izin ataupun bila kelas last tu, minta maaf dan minta halalkan ilmusemua yang dia bagi.

3) Tidur

Pastikan dapat tidur yang secukupnya. Jangan kurang, jangan terlebih. Maklumlah sebagai student ni, ramai yang tidur lewat. Lepas tu, tidur lepas Subuh. Aku jarang sangat buat macam tu kalau dekat kolej. Kalau dekat rumah, memang tak ada kerja nak buat, aku tidur sajalah. Kurangkan pengambilan caffeine ok. Walaupun semua nak tidur lewat untuk siapkan segala assignment dan caffeine pun ade kelebihan juga.  Tidur yang cukup baik untuk kesihatan kita. Badan lebih segar, kurang stres dan lebih bersedia untuk ke kelas bila bangun awal pagi.

4) Last minute

Aku tak berapa suka nak buat kerja last minute kalau kerja tu bukan kerja group. Kalau kerja dengan orang lain, kita kenalah match masa kita dengan dia pula. Jadi, aku akan settle kan kerja individu dulu dan bila nak dekat final, tak adalah kelam-kabut dengan assignment yang remeh-temeh. Tinggal nak complete kan mana yang patut saja. Bolehlah fokus untuk study.

5) Makan

Pemakanan mestilah kene jaga dengan baik. Aku bukan cakap pasal diet nak kurus ye dekat sini tapi pemakanan seimbang untuk kehidupan yang lebih efektif. Aku merupakan individu yang kurang minat makan sayur tapi suka sangat makan buah. Jadi aku balance kan pengambilan makanan aku dan tak semua sayur yang aku tak makan. Otak yang cerdas dibantu oleh pemakanan yang baik. Makanlah juga makanan sunnah seperti madu, kismis, habbatus sauda dan kurma untuk tingkatkan lagi ingatan.

6) Senaman

Nasihat ni untuk aku juga sebab aku tak minat bersukan macam main futsal atau jogging. Tapi aku suka senaman yang boleh dilakukan secara indoor seperti senamrobik, skipping, regangan, jump squad, atau gunakan kerusi dan tangga. Kalau malas sangat nak bersenam, silalah berjalan kaki pergi dan balik dari kelas. Selain dapat melihat gelagat manusia dan mengambil udara yang bersih, dapat juga menurunkan kalori dan menyegarkan minda.

7) Jaga hubungan dengan Allah

Aku rasa yang ni paling penting walaupun aku sangat culas bab ni. Allahuakbar. Aku pun sedang berusaha untuk perbaiki hubungan aku dengan Yang Maha Esa. Berusahalah bangun solat Tahajud, Dhuha pun kalau boleh jangan tinggal kalau hari cuti tu. Kita nak minta tolong Dia macam-macam, tak kan sikit saja masa untuk menghadap Dia kita tak boleh luangkan. Bukan hanya masa exam kita berusaha dekat dengan Allah, tapi sepanjang masa. Moga Allah bantu kita untuk permudahkan perjalanan hidup kita.

8) Hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan

Jaga hubungan dengan ibu bapa dan adik-beradik sebab doa mereka amat membantu kita untuk hidup yang lebih berkat. Siapa lagi yang sudi doakan kita kalau bukan ahli keluarga. Dengan kawan-kawan pun jaga pertuturan dan perbuatan kita. Aku pun kadang-kadang bergurau melebih juga jadi sebelum final ni, 0-0 lah ye masing-masing. Kalau ada kerja dengan kumpulan, mohon bagi kerjasama walau semangat macam mana pun kita nak dapat 4.0, ok? Kita mudahkan kerja orang, InsyaAllah, Allah permudahkan kerja kita. Semoga ilmu yang kita dapat diberkati-Nya. Amin.

9) Challenge your mind

Amboi, tip memang macam tip-top kan. Haha. Aku ambil situasi aku lah senang sikit nak explain. Sebagai student yang menghadap ayat-ayat Biologi, pathway, scientific terms dan seangkatan dengannya, sangat-sangat memenatkan dan kadang-kadang datang juga bosan tu. Jadi, aku akan main game yang memerlukan fokus, menarik dan menghubungkan sel-sel otak aku. Aku suka math game and searching hidden objects game. Pada aku game macam tu dapat cerdaskan lagi minda dan kurangkan rasa mengantuk waktu study. Sudoku pun disarankan main bagi yang berminat tapi aku kurang minat sebab aku suka game yang cepat naik level =P

10) listen to music

Ha, bila suruh dengar muzik ni, janganlah yang sampai bergegar otak kalau dengar tu. Cukuplah sekadar dengar instrumental melody atau radio yang dipasang perlahan supaya kurangkan mengantuk dan sebagai hiburan waktu study. Aku selalunya perlukan suasana yang senyap kalau nak fokus study tapi kalau nak buat shortnote, aku perlu dengar muzik yang slow sebab aku cepat bosan kalau tulis nota.

Setakat ini sahaja bebelan saya. Apa-apa pun, ini sekadar tip sahaja. Berkesan atau tidak, bergantung pada sifat masing-masing. Sekian.

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI