Saturday 9 September 2017

Lawatan Ke Muzium Negara dan Bangunan Sultan Abdul Samad

 Assalamualaikum. Hai!

Entri ni boleh dikatakan throwback moment jugak lah sebab ni kisah beberapa hari sebelum negara kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-60. Misi menjejak bangunan-bangunan bersejarah ni asalnya nak menggunakan bas KL hop on hop off tu tapi plan berubah di saat akhir. Kita naik MRT dan LRT saja lah ye. Memandangkan sekarang MRT Muzium Negara dah ada, lagi mudahlah nak ke sana. Waktu lawatan dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang. 


Ni laluan kalau naik bas tu. Cadang nya nak ke Muzium Negara, Tugu Negara, Masjid Negara dengan Dataran Merdeka.
Gambar dari Google


Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kita ke Muzium Negara dan Bangunan Sultan Abdul Samad je ye. Dari MRT Muzium Negara tu boleh terus ke KL Sentral. Dari KL Sentral, naik LRT Kelana Jaya Line untuk ke Masjid Jamek.

Bila dah sampai depan pintu tu, maka tersergam indahlah Muzium Negara yang menempatkan segala macam barangan tinggalan masyarakat terrrdahuluuuu kala. 

Kita kasi gambar malu-malu harimau Malaya sikit sebab bergambar tepi jalan raya dengan kereta lalu lalang.

Kebetulan pulak ada pameran Sukan SEA masa ni. Dah dijangka tapi excited jugak sebab spesis tak Google dulu apa yang ada, terus terjah je.

Jom kita tengok apa ada dekat dalam. Dulu masa kecik je pergi sini, dah ingat-ingat lupa dah.

Ni je gambar yang agak sesuai untuk dipertontonkan di khalayak ramai. Heh. Sebab yang lain gegar la, tak sopan la, tak cantik la. Stress mak. 
Dalam bangunan tu ada 4 galeri. Dari zaman purba, kerajaan Melayu, penjajahan sampailah zaman sekarang. Bayaran masuk RM2 sahaja.
(Gambar dari Google)

Harga tiket Muzium Negara (gambar dari website Muzium Negara)


Suka bahagian ni. Kerajaan-kerajaan Melayu. Ada ukiran (mural kot, entahlah namanya apa) Hang Tuah lagi tau. "Ta' Melayu Hilang Di-Dunia".

Lepas dah jelajah 4 galeri tu, pergilah sekejap tengok kedai cenderamata kot-kot ada yang berkenan nak dibuat kenangan. Ada jual duit-duit lama dekat situ dengan harga yang lebih tinggi la (of course). Masa ni ingatkan dah habis dah la kawasan muzium tu. Tiba-tiba je terjumpa bahagian pameran dekat belakang muzium. Masa tu ingatkan tempat tu tak boleh masuk ke apa sebab tak nampak orang lalu. Nasib baik penyambut tetamu jemput kita masuk. 

Ada pameran pakaian Primadona Saloma. Kita yang buta fesyen ni tengok aje la. Bila tengok Saloma pakai tak nampak pelik tapi bila tengok baju saja, pelik la jugak.

Am I beautiful as you? (Ahaksss)

Sebelah pameran Saloma, ada pameran SEA games. Ni main style bola jaring. LoL. Boleh try golf, takraw, tinju dan bola keranjang dekat sini. 

Lumba lari dengan siapa pon tak tau lah.

Benda dalam kaca jangan diusik lah. Ish ish ish dia ni. Nak jugak merasa pegang obor.

Nampak muka abah-abah di sebalik kaca. Uuuuu~

Tayangan bersama Mr. Harimau. Tak ingat dah apa yang ditayang sebab kepenatan bersukan.
Dekat sekitar bangunan muzium tu, ada muzium lain lagi tapi tak masuk hari tu sebab dah tutup. Pergi lambat sangat. Huhu. Tapi ada banyak pameran lain lagi kat luar-luar tu. Ada kereta api (lokomotif wap), kereta kebal, tiang pengebumian, istana satu, dan segala macam lagi lah. 

Kalau naik bas hop on hop off tu, dia akan stop dekat area pintu gerbang ni.

Dekat sebelah pintu gerbang tu, ada lokomotif wap ni. Tak tau la boleh test drive ke tak =P

Alkisahnya, bila kepenatan, muka macam cekodok basi jadi nye.

Kalau ke Bangunan Sultan Abdul Samad + Dataran Merdeka, naik je LRT ke Masjid Jamek. Jalan sikit, dah sampai. Tak adalah sampai masuk dalam bangunan tu, tengok dari luar je la. 

Sambil-sambil jalan tu, singgah kejap dekat Masjid Jamek. Dekat masjid ni ada orang yang bagi jubah warna merah macam dekat Masjid Putrajaya (maybe untuk lebih menutup aurat).

Kalau datang sini, tak sah kalau tak ambil gambar payung gergasi ni. Payung ni hasil inspirasi daripada payung gergasi di Masjid Nabawi, Madinah.



Untuk yang belum tahu, bangunan di belakang itu lah Bangunan Sultan Abdul Samad.

Ni gambar dari belakang je. Sebab bahagian depan nye (Dataran Merdeka) sedang sibuk dengan persiapan sambutan Hari Kemerdekaan.

Counting days to celebrate our Independence Day.


Begitulah saja misi melawat bangunan bersejarah kita. Lain kali lah naik bas tu. Nak try jugak, tak kira. Ok. Have a nice day. Daa~~

4 comments:

  1. Best nya jalan-jalan.Dapat jugak pengalaman baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. suka jugak berjalan tapi kena tengok bajet. tgh2 study lagi ni susah sikit

      Delete
  2. Wahh..bestnya jalan2..teringin nak jalan2 sama...when next trip? :)

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI