Saturday, 16 December 2017

Misi Menyelamatkan Kucing Siri 2


Hai

Sambungan daripada kisah DEKAT SINI. Sepanjang malam, kucing tu tidur je & nafas dia pon macam dah stabil. Aku pergi check nafas dia dalam sejam sekali sebab aku yang tidur paling lambat malam tu. Kucing tu kami bagi nama "Accifound" means accidentally found. Merepek. Dalam pukul 9 pagi, kawan aku bawa pergi vet dan aku tak ikut sekali. Kucing tu kena hospitalize dan doktor tak sampai lagi masa dia hantar kucing tu. Dalam pukul 11, pembantu klinik tu call, bagitahu yang kucing tu dah nazak dan doktor akan cuba buat yang termampu je la. Keesokan harinya, aku teman kawan aku singgah klinik tu ambil kucing. Dia nampak macam ok sikit dari lepas accident tu. Siap boleh angkat kepala. Kami hantar dia ke vet lain atas nasihat pembantu klinik tu sebab kena buat X-ray apa semua. Maka kami pon hantarlah ke V Care Klinik Haiwan. Agak mahal dekat sini tapi better lah. Doktor kata rahang kucing teralih dan kena hantar ke klinik dekat UMK. Memandangkan hari dah petang sangat, kami decided untuk hospitalize je dulu kucing tu semalaman. Dilema nya masa ni ialah, lagi berapa hari je kami dah kena balik KL. Kalau hantar UMK, siapa pula nak ambil dia semula nanti. Lepas tu kos rawatan lagi. Kami yang student ni tak termampulah nak membayarnya. Jadi, keesokan harinya tu, kami ambil semula kucing dari V Care untuk dihantar ke tuan dia. Suddenly, kucing tu boleh mengiau, tergedik-gedik macam dah sihat. Terkejut oi. Ingatkan dah tak panjang dah umur dia. Kami pon bawalah dia semula ke kawasan yang kami jumpa dia kena langgar tu. Pergi satu rumah ke satu rumah, tanya siapa ada hilang kucing, tahu ke tak ni kucing siapa. Dalam 3 ke 4 buah rumah singgah, jumpa terus dengan owner dia. Lepas terangkan everything dekat tuan kucing tu, maka bye-bye lah Accifound.

Masa lepas kena langgar. Ni pon dah cuci darah-darah yang ada.

Collar dia. Tak bagi balik dekat owner sebab tertinggal. Maklumlah, kelam kabut sangat

Dia tidur masa hantar balik dekat owner. Ni depan rumah owner dia dah.

Tamatlah sudah misi kebajikan kami. Harapnya owner teruskanlah rawatan untuk Accifound ye. 



Saturday, 2 December 2017

Misi Menyelamat Kucing di Hari Maulidur Rasul

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul

Hari ni sepatutnya kami berjalan-jalan sekitar Kelantan (pergi tempat yang tak banjir je la). Tapi hari ni cuti umum. So, banyak sangat kedai tutup. Tambah pulak hari Jumaat, banyak kedai tutup masa solat Jumaat dan bukak lepas 2.30 petang macam tu. So, sebelum pergi lunch dekat satu kedai yang kami dah plan nak pergi dari beberapa hari lalu, aku dengan classmates lagi 3 orang pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Masa on the way tu, entah jalan mana Google maps bawa, kami sampai ke satu kampung ni. Dah dekat nak sampai area pantai, terjumpa kucing terbaring tengah jalan. Usually, kalau jumpa biawak ke, ular ke terkontang kanting tengah jalan, aku buat tak kisah je. Tapi masa tu classmate aku yang drive dan dia cat lover. Dalam hujan tu jugak dia stop kereta, pergi dukung kucing tu. Aku sebagai insan yang takut kucing, hanya mampu tolong pegangkan payung je la. Nafas kucing tu tersekat-sekat, darah keluar ikut hidung. Tak ada injury luaran. Kucing tu memang terbaring longlai. Darah jangan cakap la. Ada klinik desa dekat situ. Kami jalan kaki pergi klinik tapi tutup. Pergi rumah nurse ke doktor yang tinggal dekat klinik tu, dia tengah dalam pantang. Kami decide untuk bawa ke vet clinic dan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai. Campur dengan jalan sesak sebab orang baru balik solat Jumaat. Masa tu rasa macam apasal lah aku tak belajar pasal nak rawat haiwan (Jangan kata haiwan, pertolongan cemas untuk manusia pon tak tahu). Sampai je dekat klinik tu, tutup pulakkkk. Call segala vet clinic terdekat yang dapat search di internet, tutup! Rasa macam nak bawak pergi hospital kerajaan terus pergi kecemasan. Kang pelik pulak doktor kat situ. Cari klinik swasta biasa untuk manusia pon tutup. Aigooo. So, kami bawak kucing balik bilik hotel dan tunggu esok untuk pergi vet clinic. Buat apa yang termampu je la setakat ni. Bagi glucose water, selimut kan dia, keep it warm, cuci darah. Semua tu classmate aku yang buat. Aku buat balik tabir je. Setakat ni dah 12 jam kami jaga dia dan dia masih bernafas. Hopefully dia ok. Rasanya kucing ni ada tuan sebab ada 'collar' dekat leher dia. Kepada tuan kucing tu, kami akan cuba selamatkan kucing awak ye. Nanti dah ok, kami hantar dia balik. 


Hari ni kami dah plan baik punya nak try makanan Kelantan dari pagi sampai malam. Kita hanya merancang, Allah dah tentukan. 


Tuesday, 21 November 2017

I learned something from great people I met today

Assalamualaikum. Hai!


Aku rasa diri aku di kelilingi aura positif dan dapat pengalaman baru sepanjang hari ni. 

Keluarga pertama yang kami jumpa, dua anak kembar mereka meninggal dan lahir pra matang. Anak kedua mereka mempunyai penyakit genetik (baca : keturunan) yang masih tidak diketahui diagnosis nya (baca : nama penyakit dia). Sebelum ni kami tahu yang ibu tersebut mengandung anak ketiga. Tiba-tiba masa datang tadi, mereka bagitahu yang kandungan tu dah keguguran. Ya Allah. Tenang je aku tengok parents tu. Dah la result ujian yang dibuat untuk anak kedua diorang tak dapat-dapat lagi. Ada masalah teknikal sikit. Kami risau sebab kalau apa yang berlaku dalam keluarga tu berkaitan dengan keturunan dan the parents plan to have another child, result genetic testing kena dapat cepat. Kalut lah kami minta maaf sebab diorang dah susah-susah datang tapi tak ada result lagi. Ayah tu pon cakap, "Tak pe, take your time. Kami ok,". Dia pulak yang tenangkan kitaorang. Mana lah diorang ni dapat kekuatan dan ketenangan macam tu. 
Kes kedua ni, anak kepada pakcik tu didiskriminasi dekat sekolah. Pakcik tu berusahalah cari sekolah yang sesuai untuk anak dia. Anak dia ada learning difficulty and behavioural issue disebabkan masalah genetik yang dia ada. Tapi tak semua orang boleh terima anak-anak special ni. Anak tu selalu dipersalahkan kalau ada apa-apa jadi. Selalu diletakkan dekat hujung kelas. Apa yang ibubapa rasa bila tengok anak dia dibuat macam tu? Kalau jadi dekat anak kita, kita suka ke? Jadi, kenapa buat dekat anak orang macam tu? Sebab dia istimewa? Bukan dia nak ada penyakit tu dan dia tak boleh nak bela diri dia pon bila orang buat macam-macam dekat dia. Entahlah. Fikir-fikirlah sendiri.  
Pernah dengar pasal Down Syndrome (DS)? Tadi ada seorang kanak-kanak perempuan yang DS. Selalu nya aku jumpa pesakit DS yang slow learner, tak boleh berdikari dan macam-macam lagi. Ni first time aku jumpa pesakit DS yang aktif, ceria, independent and so cute. Facial appearance dia memang nampak DS tapi general health looks okay. Allah tak bagi ujian yang parents tu tak dapat tanggung. Sebab parents tu dah ada anak sulung yang istimewa (ada masalah pertuturan, jalan pon tak stabil dan penyakit genetik yang tak ada diagnosis lagi). Jadi, anak DS yang happy-go-lucky tu macam penawar untuk parents tu. 
I learned about life from these amazing people. You may be frightened, surprised, weird and all kinds of feelings are mixed when you look at these special people. At first, I was like that too. After that I realized, they are also human. They have feeling like others too. They got hurt and sad. Maybe the way they express it is different. So, treat them as one of us. Just do not look at them instead of looking at them with a negative gaze. 


With love. Heart. Heart. 

Saturday, 18 November 2017

Nafsu Makan Melampau Ya Rabbi


Hai!!

Kalau cakap pasal makan, aku memang mengakulah aku jenis melantak, bukannya makan. Adab makan ikut sunnah lagilah jauh sekali. Astaghfirullah. Dari zaman sekolah menengah sampai sekarang, memang tu lah tabiat aku. Cuma start bulan lepas aku rasa nafsu makan aku melampau sangat. Sampai hari-hari kalau beli makanan, mesti minta nasi lebih / nasi tambah / beli 2 bungkus.  Hari-hari, siang malam. Kalau masak pulak, memang kuantiti untuk 2 orang. Pasal berat naik aku memang tak fikir langsunglah sebelum ni. Berat dari dulu memang tak pernah naik. Tapi semester ni, tiba-tiba aku ambil kisah pulak pasal berat. Lepas tu gelabah bila berat naik mendadak (faktor usia kot). Gelabah sekejap je la. Nampak makanan, nak juga 2 set. Macam bela apa je. Jadinya, sebelum perangai ni menjadi-jadi dan dah susah nak undur balik, aku pon berniat nak diet. Tapi, niat sekadar niat. Pantang nampak makanan, lupa terus pasal diet. 1 je cara untuk aku tak makan walaupun nampak makanan. Puasa. Yes, right. Punya lah nak niat puasa kerana Allah tapi selit-selit juga lah niat nak turun berat tu. Ish,ish,ish. Syaitan menghasut tak payah cakaplah. Takut penatlah, nanti tak sempat sahur lah, malas bangun sahur lah. Macam-macam. Tapi, akhirnya berjaya jugak puasa hari Khamis baru ni. Walaupun masa discussion orang duk hulur-hulur coklat, biskut dengan apa entah lagi. Dugaan, dugaan. Masa aku tak puasa, tak ada pulak yang bawak makanan sedap-sedap. Sabar je la. Lepas tu, masak untuk buka puasa macam biasa, kuantiti 2 orang. Kot lah lapar seharian tak makan. Tak habis oiiii. 3 kali makan bawak ke esok hari nya tu pon tak habis. Sampai membazir. Amazing, amazing. Sesungguhnya, kalau tak boleh kawal nafsu makan tu, puasalah. Diet is so difficult. 

Image result for kebaikan berpuasa untuk kesihatan


Sekian saja bebelan saya untuk hari ni. Thank you =P

Tuesday, 31 October 2017

Fikir Dulu Before Book Tiket



Hai.
Assalamualaikum!

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Anda boleh bercuti ke mana mana sahaja yang anda mahu untuk menghilangkan stress anda. Kawasan tanah tinggi, taman rekreasi air terjun, tempat peninggalan sejarah, taman tema, pulau-pulau yang cantik dan macam-macam lagi. Melancong sudah jadi trend di kalangan rakyat Malaysia tak kira samada destinasi dalam dan luar negara. Bila ke luar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Semua pelancong cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak tahu bagaimana. Sebab dengan tiket flight yang murah, impian nak menjelajah ke dunia luar menjadi nyata. 

Syarikat penerbangan ni memang hendak orang tahu mereka buat promosi tiket murah. Supaya tiket murah ini cepat habis dan boleh start jual tiket mahal pula. Semua orang tahu. Jadi pada siapa yang akan mereka promosikan terlebih dahulu ? Tentulah pada keluarga, saudara dan kenalan mereka yang sign-up newsletter. Yang pastinya kena rajin bukan email. 

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan 'Best Deal' kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini. Ada lagi yang anda tidak tahu tentang cookies . Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google! 

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. 

Sebagai galakan, biasanya pembeli tiket pergi/pulang (return ticket) akan ditawarkan harga lebih rendah. Tetapi ada masanya, jumlah harga tiket sehala (pergi) dan tiket sehala (pulang) itu lebih rendah dari membeli tiket return. Mengapa boleh jadi demikian? Sebab kebanyakan promosi tiket adalah untuk sehala. Tiket dijual secara promosi supaya tiket itu boleh habis terjual. Contohnya tiket dari KL ke Penang sedang promosi (mungkin kuota tiket murah masih ada), tetapi jarang pula tiket dari Penang ke KL dijual secara promosi (kerana permintaan tiket Penang ke KL tinggi). 

Tambang tiket flight dipengaruhi oleh beberapa faktor. Selain dari jarak destinasi, airport yang digunakan juga memberi kesan kepada harga tiket. Kena tahu juga macam mana airport buat duit. Airport akan mengenakan pelbagai caj kepada syarikat penerbangan. Cukai, parking, keselamatan, ruang pejabat, landasan dan banyak lagi perkhidmatan yang disediakan airport kepada syarikat penerbangan. 

Syarikat penerbangan sering menawarkan tiket promosi ke airport yang popular. Ini kerana faktor persaingan dan mahu hak mendaratkan pesawat. Contohnya, penerbangan dari London ke Singapore adalah lebih murah berbanding ke K.Lumpur. Di airport Charles du Gaulle Paris pula, kebanyakan tikat tidak dijual secara promosi murah melampau kerana ia destinasi pelancongan yang popular. Mahal pun orang beli derr… so korang tunggu apa lagi 

Sunday, 15 October 2017

My coward mind need a booster


Hai. Apa yang aku taip dekat bawah ni ayatnya skema sikit sebab ni draf untuk assignment sebenarnya. Malas nak taip banyak kali benda yang sama. Copy paste je la. Ok. Aku nak share pasal dari aku yang slow kalau bab-bab cakap dengan orang atasan/lecturer/yang seangkatan dengannya. Aku lebih selesa dengan manusia yang aku rasa sekufu untuk berkomunikasi. 

Sejak melangkah ke Tahun 2 kursus sarjana ini, aku semakin merasakan yang aku overly intimidated to certain types of people. Sebenarnya perasaan seperti ini bermula sejak aku mengambil degree dahulu. Sebelum itu aku merupakan seorang yang confident dan berani ke hadapan (yang sama sekolah + matrik dengan aku tahu lah aku macam amna. Hehe.). Mungkin kerana sewaktu di universiti, aku di kelilingi oleh thousands of great people (siapa suruh masuk uni tu, nasib baik tak masuk UM) yang membuatkan aku berasa sangat kerdil. 

Sebelum ini aku tidak merasakan perkara itu mengganggu kehidupan aku tetapi ia berlainan sekarang. Ia seperti satu kelemahan dan mengganggu proses pembelajaran aku. Aku merasa intimidated dengan higher ups people at college or works, super outgoing and confident person, people who I think will make fun of me or judge me and competent and knowledgeable person. Apabila berada bersama atau di hadapan mereka, aku berasa tidak yakin untuk memberi pendapat atau berkata mengenai apa sahaja. Ia membuatkan aku seolah-olah seorang yang pendiam dan tidak tahu memberikan jawapan atau pandangan. Kadang kala aku memberikan idea sambil memandang ke arah rakan bukan ke arah pensyarah, berkata sesuatu yang pelik ataupun aku hanya akan “mumbling” (always happen. Because my mind just blank and I can't think of anything. It's ridiculous). Perkara sebegini membuatkan aku tertekan dan marah kepada diri sendiri. 

Pada asalnya aku merasakan bahawa hanya aku sahaja yang mengalami perasaan sedemikian. Tetapi sewaktu aku mencari maklumat mengenai ini di dalam internet, rupanya perkara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Jadi, aku akan berusaha untuk berubah. I need to change my mind set. They are just human, not dinosaur. So what if I'm wrong? What is the worst thing that will happen?  (cakap senang =P) 

Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana pada semester ini aku dapat belajar dengan supervisors yang aku tidak berasa intimidated di klinik dan untuk research. Jadi, proses pembelajaran aku menjadi lebih mudah dan selesa. Aku lebih berani untuk bertanya soalan, berkongsi idea, memberi jawapan dan menghulurkan bantuan. Aku ingat lagi masa mula-mula pergi pejabat SV research aku dulu. Dia memang professional habis masa tu dan aku cuma krik, krik, krik. Aku rasa dia perasan sebab dia pun psychologist. Of course dia boleh perasan. Lepas tu bila jumpa dia, dia borak dengan aku macam coworker yang boleh gelak sama-sama. Then, I can be myself in front of her. 


Ok, that's all. Bye. 

Saturday, 9 September 2017

Lawatan Ke Muzium Negara dan Bangunan Sultan Abdul Samad

 Assalamualaikum. Hai!

Entri ni boleh dikatakan throwback moment jugak lah sebab ni kisah beberapa hari sebelum negara kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-60. Misi menjejak bangunan-bangunan bersejarah ni asalnya nak menggunakan bas KL hop on hop off tu tapi plan berubah di saat akhir. Kita naik MRT dan LRT saja lah ye. Memandangkan sekarang MRT Muzium Negara dah ada, lagi mudahlah nak ke sana. Waktu lawatan dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang. 


Ni laluan kalau naik bas tu. Cadang nya nak ke Muzium Negara, Tugu Negara, Masjid Negara dengan Dataran Merdeka.
Gambar dari Google


Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kita ke Muzium Negara dan Bangunan Sultan Abdul Samad je ye. Dari MRT Muzium Negara tu boleh terus ke KL Sentral. Dari KL Sentral, naik LRT Kelana Jaya Line untuk ke Masjid Jamek.

Bila dah sampai depan pintu tu, maka tersergam indahlah Muzium Negara yang menempatkan segala macam barangan tinggalan masyarakat terrrdahuluuuu kala. 

Kita kasi gambar malu-malu harimau Malaya sikit sebab bergambar tepi jalan raya dengan kereta lalu lalang.

Kebetulan pulak ada pameran Sukan SEA masa ni. Dah dijangka tapi excited jugak sebab spesis tak Google dulu apa yang ada, terus terjah je.

Jom kita tengok apa ada dekat dalam. Dulu masa kecik je pergi sini, dah ingat-ingat lupa dah.

Ni je gambar yang agak sesuai untuk dipertontonkan di khalayak ramai. Heh. Sebab yang lain gegar la, tak sopan la, tak cantik la. Stress mak. 
Dalam bangunan tu ada 4 galeri. Dari zaman purba, kerajaan Melayu, penjajahan sampailah zaman sekarang. Bayaran masuk RM2 sahaja.
(Gambar dari Google)

Harga tiket Muzium Negara (gambar dari website Muzium Negara)


Suka bahagian ni. Kerajaan-kerajaan Melayu. Ada ukiran (mural kot, entahlah namanya apa) Hang Tuah lagi tau. "Ta' Melayu Hilang Di-Dunia".

Lepas dah jelajah 4 galeri tu, pergilah sekejap tengok kedai cenderamata kot-kot ada yang berkenan nak dibuat kenangan. Ada jual duit-duit lama dekat situ dengan harga yang lebih tinggi la (of course). Masa ni ingatkan dah habis dah la kawasan muzium tu. Tiba-tiba je terjumpa bahagian pameran dekat belakang muzium. Masa tu ingatkan tempat tu tak boleh masuk ke apa sebab tak nampak orang lalu. Nasib baik penyambut tetamu jemput kita masuk. 

Ada pameran pakaian Primadona Saloma. Kita yang buta fesyen ni tengok aje la. Bila tengok Saloma pakai tak nampak pelik tapi bila tengok baju saja, pelik la jugak.

Am I beautiful as you? (Ahaksss)

Sebelah pameran Saloma, ada pameran SEA games. Ni main style bola jaring. LoL. Boleh try golf, takraw, tinju dan bola keranjang dekat sini. 

Lumba lari dengan siapa pon tak tau lah.

Benda dalam kaca jangan diusik lah. Ish ish ish dia ni. Nak jugak merasa pegang obor.

Nampak muka abah-abah di sebalik kaca. Uuuuu~

Tayangan bersama Mr. Harimau. Tak ingat dah apa yang ditayang sebab kepenatan bersukan.
Dekat sekitar bangunan muzium tu, ada muzium lain lagi tapi tak masuk hari tu sebab dah tutup. Pergi lambat sangat. Huhu. Tapi ada banyak pameran lain lagi kat luar-luar tu. Ada kereta api (lokomotif wap), kereta kebal, tiang pengebumian, istana satu, dan segala macam lagi lah. 

Kalau naik bas hop on hop off tu, dia akan stop dekat area pintu gerbang ni.

Dekat sebelah pintu gerbang tu, ada lokomotif wap ni. Tak tau la boleh test drive ke tak =P

Alkisahnya, bila kepenatan, muka macam cekodok basi jadi nye.

Kalau ke Bangunan Sultan Abdul Samad + Dataran Merdeka, naik je LRT ke Masjid Jamek. Jalan sikit, dah sampai. Tak adalah sampai masuk dalam bangunan tu, tengok dari luar je la. 

Sambil-sambil jalan tu, singgah kejap dekat Masjid Jamek. Dekat masjid ni ada orang yang bagi jubah warna merah macam dekat Masjid Putrajaya (maybe untuk lebih menutup aurat).

Kalau datang sini, tak sah kalau tak ambil gambar payung gergasi ni. Payung ni hasil inspirasi daripada payung gergasi di Masjid Nabawi, Madinah.



Untuk yang belum tahu, bangunan di belakang itu lah Bangunan Sultan Abdul Samad.

Ni gambar dari belakang je. Sebab bahagian depan nye (Dataran Merdeka) sedang sibuk dengan persiapan sambutan Hari Kemerdekaan.

Counting days to celebrate our Independence Day.


Begitulah saja misi melawat bangunan bersejarah kita. Lain kali lah naik bas tu. Nak try jugak, tak kira. Ok. Have a nice day. Daa~~

Friday, 8 September 2017

Novel Dendam Ratu Ular [review]



Assalamualaikum. Hai!

Dah lama tak review buku. Hari ni nak share pasal novel karya Annur Shanana berjudul Dendam Ratu Ular yang diterbitkan pada tahun 2013. Novel bergenre seram ni mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kaira yang tinggal bersama neneknya, Nek Lijah. Nek Lijah lah yang menjaga Kaira sejak Kaira kecil lagi. Bapa Kaira telah meninggal dunia dan ibunya membenci Kaira disebabkan kecacatan yang dialaminya lantas melarikan diri. Anggota badan Kaira di sebelah kanan cantik seperti manusia lain, tetapi anggotanya sebelah kiri cacat dan menjijikkan. Disebabkan itu, Kaira sering diejek oleh penduduk kampung. Kalsum yang berdendam dengan keluarga Kaira telah bersubahat dengan Daud yang gilakan wang untuk membakar rumah Kaira. Dalam kebakaran tersebut, Nek Lijah meninggal dunia. 

Kaira membawa diri ke hutan dan terjatuh ke dalam sebuah perigi yang dijaga oleh Raja Ganerin. Raja Ganerin menggunakan tipu muslihat dan memerangkap Kaira dengan sebuah janji. Kaira akan cantik selamanya tetapi dia tidak boleh bercinta dengan manusia. Akibat dendam, Kaira terikat dengan janji muslihat Raja Ganerin. Kaira berpura-pura hilang ingatan dan menjadi anak angkat Kalsum dengan menggunakan nama Hanum. Hanum digilai jejaka-jejaka kampung tersebut termasuklah Daud. Tetapi, dia dipandang serong oleh gadis-gadis di kampung tersebut termasuklah Fatimah sehinggakan Fatimah menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan Hanum. Hanum dan Fatimah menyukai jejaka yang sama iaitu seorang guru agama bernama Rafli. 

Hanum terpaksa menyembunyikan perasaannya itu disebabkan perjanjian yang telah dibuat dengan Raja Ganerin. Dia mengikut Sofea, anak tiri Kalsum ke bandar. Hanum menjaga Sofea dan menyakiti sesiapa sahaja yang berbuat jahat terhadap Sofea. Ini kerana, Sofea sentiasa berbuat baik kepadanya walaupun sewaktu dia hodoh dahulu. 

Rafli yang baru kematian ibu bapa nya membawa ibu dan bapa saudaranya ke kampung untuk meminang Hanum. Ketika inilah terbongkar siapakah ibu kandung Kaira, mengapa Raja Ganerin memilih Kaira dan identiti Hanum yang sebenar. 

Jalan cerita novel ni menarik minat saya untuk terus membaca sehingga akhir walaupun roughly boleh agak apa akan jadi. The best part mestilah ending yang ditunggu-tunggu. Rafli is so sweet sebab dia terima je Kaira tu walaupun hodoh ke cantik. Part yang cool mestilah waktu Hanum tu kenakan orang-orang jahat yang nak sakitkan Sofea. Novel ni juga masukkan part hati Kaira berbolak balik antara kejahatan dan kebaikan. Naluri Kaira sememangnya ke arah kebaikan tetapi raja ganerin sengaja mengapi-apikan lagi bara dendam yang ada dalam hati Kaira. Tapi akhirnya Kalsum dan Kaira kembali ke pangkal jalan. 

Recommended. 


Giveaway by Alia Farhan



KLIK DI SINI




Friday, 18 August 2017

T3 Mycin Clindamycin Lotion Good To Fight Acne


Hai!!



Sebelum bercerita pasal produk ni, nak habaq mai pasal skin condition aku dulu la. Because of some factors like unhealthy lifestyle, used wrong skincare products (maybe) and health problem, my skin breakout like crazy since I'm 18 y/o. Last month, a few unwanted super busybody people asyik duk tegur-tegur kulit muka aku makin teruk. Depressed wehhh. Macam lah dia yang bayarkan skincare products aku. =D Makanya, lepas dapat motivasi balik tu, aku pergilah farmasi nak beli Dalicin T sebab ramai yang kata elok pakai produk tu. Eh, eh, habis pulak stok. Pharmacist tu kata T3 Mycin ni sama je fungsi dia dengan Dalicin T tu. Harga dalam RM 25-30 kot kalau tak salah. Cara pakai : just dab dab dab dekat affected area twice a day. Aku pakai masa acne tu bagi hint yang dia nak muncul. Sehari dua lepas tu hilanglah. Bau dia macam bau alcohol swap yang dekat Guardian tu. Recommended to read these websites http://sunshineinasia.blogspot.my/2012/07/acne-fight-team-t3-mycin-gel-oxy-5.html#.WZaiiPkjHIU and Clindamycin skin preparation for acne before you decide to buy it. Disebabkan ia akan bagi some kinds of side effects and resistance, aku jarang pakai walaupun kesannya bagus. Aku hanya pakai bila sangat-sangat perlu je. Kalau yang small-small the pieces of acne atau aku tak ada nak pergi mana-mana dalam masa tersekat, aku tak pakai. Aku pakai acne balm Sendayu Tinggi untuk acne yang spesis kontot-kontot bagi dia kering dan bye bye. Hopefully my facial skin become healthier and happy ever after. Ingat tau, study first before you buy it. Peace. It's ok, you are beautiful. 

Wednesday, 9 August 2017

School 2017 Korean Drama

Hai!!!




Lepas cerita pasal drama Criminal Minds, nak cerita pulak pasal drama School 2017. Siapa yang biasa tengok drama Korea, mesti dah tau kan yang drama ni salah satu daripada School series. Dulu ada School 2013, School 2015 dan macam-macam siri School lagi lah. Drama ni ada ditayangkan dekat KBS World pukul 8.55 p.m. Setakat ni dah ditayangkan sampai episod 7. Kim Se Jeong je watak utama yang aku kenal dalam drama ni sebab dia former member group IOI. Yang lain-lain tak kenal. 

Drama : School 2017
Pengarah : Park Jin Suk
Penulis : Jung Chan Mi & Kim Seung Won
Jumlah episod : 16 episod
Pelakon :
- Kim Se Jeong sebagai Ra Eun Ho
- Kim Jung Hyun sebagai Hyun Tae Woon
- Jang Dong Yoon sebagai Song Dae Whee
- Han Sun Hwa sebagai Han Soo Ji
- Han Joo Wan sebagai Sim Kang Myung

Sinopsis :

Ra Eun Ho ni antara pelajar tercorot dekat sekolah tapi dia nak masuk universiti yang sama dengan crush dia (cameo appearance : Min Hyuk CN Blue). Eun Ho pon berusahalah masuk pertandingan lukis webtoon ke komik something macam tu. Kalau menang, dia dapat la masuk universiti. Sekali tengah dia sesedap melukis dalam kelas, buku lukisan dia kena rampas. Malam tu dia curi-curi masuk bilik guru nak ambik balik buku lukisan dia, dia nampak student X tengah bakar kertas dalam bilik guru. Hyun Tae Woon ni pulak anak pemilik sekolah. Dulu dia kawan baik dengan Song Dae Wee tapi sekarang diorang asyik bergaduh je. Song Dae Wee ni tak kaya tapi pandai. Setakat ni Eun Ho dah tahu siapa student X dan dia pulak komplot dengan student X untuk tegakkan keadilan bagi murid-murid yang ditindas dekat sekolah tu. 

Watch online / downloadSchool 2017

Happy watching =D

Tuesday, 8 August 2017

Criminal Minds Korean Drama

Hai!!



Lamanya tak menulis blog. Hari ni nak share pasal drama baru "Criminal Minds". Tajuk dia macam cerita Amerika punya tu sebab dia memang based on cerita tu. Setakat ni aku dah tengok sampai episod 4. Memang mantop!! 

Drama : Criminal Minds
Pengarah : Yang Yun Ho & Lee Jung Hyo
Penulis : Hong Seung Hyun
Jumlah episod : 20 episod
Pelakon : 
- Son Hyun Joo sebagai Kang Ki Hyung
- Lee Joon Gi sebagai Kim Hyun Joon
- Moon Chae Won sebagai Ha Sun Woo
- Yoo Sun sebagai Na Na Hwang
- Lee Sun Bin sebagai Yoo Min Young
- Go Yoon sebagai Lee Han

Sinopsis :

Cerita ni mengisahkan profilers yang menggunakan teori diorang untuk tangkap penjenayah-penjenayah. Masa episod mula-mula tu, Kim Hyun Joon ni dulu seorang profiler tapi dia stop jadi profiler bila dia tengok kawan sekerja dia mati depan mata. Kawan dia tu mati sebab salah potong wayar bom. Kim Hyun Joon salahkan Kang Ki Hyung sebab salah bagi arahan dan menyebabkan kawan dia mati. Tiba-tiba ada kes dan adik kepada arwah kawan dia tu kena culik. Kalau dia lambat selamatkan, perempuan tu mati. Kang Ki Hyung bagi teori dia dan perempuan tu dapat di selamatkan. So, Kang Ki Hyung recruit Kim Hyun Joon dalam team dia. Setakat episod 4 ni tak jelas sangat related nya watak-watak ni di masa lalu. Sebab Ha Sun Woo nampak file kes atas meja Kim Hyun Joon dan kes tu sama dengan kes yang dia siasat selama ni. Something like that la. Apa-apa pon aku rasa profiler ni style lah sebab guna segala ilmu psychology apa tah boleh teka character penjenayah tu. Daebak =D

Watch online / downloadCriminal Minds

Selamat menonton. Peace =)


Thursday, 25 May 2017

Nak Diet Masa Bulan Ramadan

Assalamualaikum.


Baru siang tadi aku niat nak start diet masa bulan Ramadan nanti. Tapi ada orang kata tak boleh niat benda lain masa puasa selain kerana Allah.

Soalan : Boleh ke kita niat nak kurus masa bulan Ramadan?

Ada ustaz dekat radio yang aku dengar tu dia kata, boleh kalau niat nak diet tu tak melebihi niat puasa kerana Allah. Niat nak diet tu sampingan je. Lepas tu, jangan niat nak diet tu untuk lakukan kemungkaran kepada Allah. Maksudnya, janganlah masa Ramadan ni usaha nak kurus untuk pakai skinny jeans apa benda pakaian seksi pulak nanti. Diet lah untuk menjaga kesihatan dan untuk beribadah kepada Allah.

Sekian saja tazkirah kita. Heee. =D Untuk info yang lebih sahih, sila rujuk ustaz ustazah yang lebih berpengetahuan.


Wednesday, 24 May 2017

Kaunseling Genetik Ni Belajar Pasal Apa?

Hai! 

Assalamualaikum. 


Hari tu ada yang tanya, "kursus Kaunseling Genetik (in English, Genetic Counseling. Nak bagi simple, saya guna GC) ni belajar tentang apa". "Ada peluang kerja ke". "Apa requirements yang diperlukan". "Agak-agak saya sesuai tak belajar course ni". Meh nak cerita secara ringkasnya. 

Belajar pasal apa? 

1) Genetic Counseling : Belajar pasal teori, komunikasi, kaunseling, psikologi, dan yang seumpamanya

2) Human Genetic : Learn about DNA, chromosome, all the biomolecule as a whole and deeper

3) Clinical Genetic : Look like mixture of Genetic Counseling + Human Genetic. Also mix with clinical part but still in theory (pedigree, policies, gene therapy, cancer)

4) Clinical Practice : Go to clinical attachment (like practical) to certain clinics related to genetic. 

5) Dissertation

Ada peluang kerja ke?

Haha. I don't know. Sama je macam ambil master course lain, kalau dapat kerja, dapatlah. Bila you ambil course ni, you akan jumpa dua pihak. Satu, pihak yang cakap peluang kerja untuk genetic counselor banyak sebab tak ramai genetic counselor dekat Malaysia. Banyak klinik atau makmal yang perlu genetic counselor. Sebab? Sebelum buat genetic test, kena lalui genetic counseling process to make sure those patients or clients make the decision after they are fully informed. Pihak kedua ialah, pihak yang akan cakap "awak nak kerja apa nanti? Nak kerja dekat mana?". That moment, you need to be strong. 

Requirements?

Sama je macam ambil master lain. Pointer masa degree, apa semua tu, just follow UKM punya requirements. My suggestion, ia akan memudahkan proses pembelajaran, kalau you ada basic science especially genetic atau medical/clinical background atau counseling background. Dengan background yang you ada, you akan hadapi different challenges in this course. Unless you ada semua tu. Heee. Macam saya, saya cuma ada basic genetic. Jadi, kalau bab counseling and medical, memang kena usaha lebih sikitlah. Macam a few of my classmates, diorang ada background clinical, kerja nurse macam tu, diorang memang strong lah bab-bab clinical & medical. Tapi ada masalah nak faham konsep genetik pulak (dengan segala transcription, translation, DNA repair etc tu). Jadi, ikut nasiblah. 
Bonus kalau ada good communication skill. Bukan jenis becok tak bertempat tu, ni bercakap benda yang ilmiah dan bersesuaian. Boleh bergaul dengan manusia tak kira bangsa atau usia. But, it's ok. Bak kata my lecturer, "kita sama-sama belajar untuk improve and complement each other". 

Sesuai ke tak?

Depends. Selalunya jawapan saya, "kalau minat, apply lah". Pada saya, minat tu penting sebab cabaran dia besar. Minat tu salah satu motivasi untuk teruskan walaupun susah. Ok?

Good luck. 

Sunday, 12 March 2017

Hari Keluarga Paling Simple di Kuantan

Assalamualaikum

Hai!!!

Minggu lepas 4 & 5 Mac 2017 aku pergi Family Day sekolah ayah aku. Sepatutnya aku tak perlu join sebab adik-adik aku yang nak ikut mula-mula. Sekali masing-masing tak boleh balik sebab asrama lah ape lah. Aku lah yang jadi bidan terjun sebab ayah dah tempah untuk 5 orang. Gigihlah balik rumah senja-senja Jumaat tu sebab pagi Sabtu dah nak gerak. 
Dalam pukul 8 pagi Sabtu tu gerak. Aku memang angkut la DSLR seketul tu walaupun skill tak ada. Plannya pagi tu singgah kedai makan dekat Jerantut untuk breakfast dan tunggu yang lain-lain sampai. Aku melantak nasi lemak lauk burung puyuh goreng la ape lagi. Bukan selalu dapat makan puyuh. Aku ni segala haiwan yang halal dimakan aku telan. Tapi belut tak pernah try lagi.  
Kalau ikut jadual, 9.40 a.m gerak berkonvoi. Sekali 9.40 a.m tu baru nak makan la, ape la. Ayah aku pon ape lagi, bagi arahan siapa yang dah siap gerak dulu. Yang lambat, nanti kejar belakang. Takpe. Memasing bawak kereta macam kat litar Sepang. 
Tengah hari tu sebelum sampai hotel singgah kat satu gerai ni (dekat Masjid Kg. Pandan) sebab ada yang nak merasa kari kambing kawww punya dekat situ. Baru aku perasan yang family kami je bawak anak besar gajah semuanya. Anak-anak cikgu lain kecikkkk je. Main lari-lari lagi. Nak cari jodoh pon terbantut. Haha. 
Lepas kekenyangan, sampailah dekat Hotel Sri Manja (anak beranak dengan pasaraya Tunas Manja tuuu). 

Gigih berdiri tepi jalan dengan kereta lalu lalang nak dapat gambar ni.

Ni hiasan dekat koridor aras bilik kami.
Lepas check in tu, masing-masing buat hal sendiri. Ikutlah nak pergi shopping ke, jalan-jalan cuci mata ke, mandi kolam ke. My family pergi shopping la ape lagi. Dah tak tau nak berjalan dekat mana dah Kuantan tu. Selalu sangat pergi. 

Alalalalaaaa....macam bersanding pulak. Gambar background tu penting. Tradisonal sangat. 

Masa kami datang tu, ada bengkel ke seminar ape tah dekat hotel ni pasal medic macam tu la. Diorang makan dekat The Lounge ni. Kami tak merasa makan dekat sini. Huhu. 









Iols tak promote ke review hotel ke ape ye. Saja nak sumbat gambar kat sini. Kalau tak salah, wifi bayar sekali dengan harga bilik rasanya. (Kami ambil pakej family dalam RM 180++ kot) Entahlah. Bukan aku yang bayar. Hehe. Memang laju dan aku guna sepuas hati. Hahaha. Kebetulan pulak iron board dekat luar pintu bilik kami, memang bagus lah sebab segala baju + tudung aku main sumbat gulung je dalam beg. =P . Yang tak best nya, pintu toilet tak dapat tutup kemas sebab getah dekat pintu tertanggal sikit dan air-cond buat hal. Air-cond tu aku tak kisah sebab aku memang sejukkk teramat sangat. Kalau off pon tak pe. Heeee. 
Lepas jamak qasar Zohor Asar tu, bermulalah sesi cari kain pasang buat baju raya. Mak nak sama sedondon warna biru. Dapatlah warna ungu + biru. 


Tengah sedap cuci mata dari kedai ke kedai, nampaklah burung tengah seronok makan. Aku pon kacau sebab nak ambik gambar burung terbang kan. Kesian kau burung. Jangan ada yang tercekik sudah.
Malam tu dinner dekat hotel sekali bagi hadiah untuk guru-guru. Puaslah aku tengok budak-budak berlari sana sini. Aigooo. 




Baca doa dulu sebelum makan



Rupa macam tomyam, rasa macam singgang. Aku pon tak tau nama dia ape. Hehe
Lepas dinner tu aku tak join dah ambik-ambik gambar kenangan ni. Otak fikir nak download benda-benda lagha dan tidurrr. =P Ayah aku lepak Teluk Cempedak malam tu dengan geng-geng dia. Adik-beradik aku yang lelaki rasanya pergi tengok bola ke apa entah. 



Dating

Sarapan nasi dagang + air oren

Konon nak makan bubur. Not my taste. Taste aku makanan tak sihat. Hehe.

Lepas breakfast & check out, pergi lawan bowling. Aku tak main. Tak ada bakat.



 
Game tak habis lagi, kami dah balik dah sebab aku & abang nak kena naik bas pukul 1.30 pm balik rumah sewa semula. First time naik bas dengan abang aku & first time turun dekat TBS. Walaupun simple tapi ok la sebab aku memang betul-betul cuti. Tak fikir pasal assignment ke study ke.

Family day ni simple sebab buat last minute atas sebab tertentu. Grand family day bulan Mei rasanya dekat Kelantan. Nak ikut lagi..... Hehe.  






 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI