Monday 26 September 2016

SAMH Wisma Harapan, Kuala Lumpur

Hai!! Assalamualaikum!!


Tugasan pertama masa masuk master in genetic counseling ni ialah pergi community placement di tempat yang telah ditetapkan. Aku ditempatkan di Selangor And Federal Territory Association For The Mentally Handicapped (SAMH) Wisma Harapan. Centre ni turut ada di Jinjang North and Klang. Di Wisma Harapan ni,  anak-anak kurang upaya akal boleh mendapatkan pendidikan, latihan dan jagaan supaya mereka dapat mengenali potensi dan menguruskan diri. Ada beberapa program yang dilaksanakan di Wisma Harapan ni iaitu ;-

- Early Intervention Program [EIP] (for 0-6 y/o) : Penglibatan ibu/bapa/penjaga adalah diperlukan dan apa yang diajar boleh diaplikasikan di rumah.

- School Program (for 7-18 y/o) : Anak-anak akan diajar music and movement, self-help skills, simple hygiene etc. Pelajar dilatih makan bersama rakan-rakan dan guru untuk develop social skill dan hubungan persahabatan.

- Vocational Training Centre (18 y/o and above) : Terdapat beberapa unit latihan di bahagian ni iaitu carpentry, sewing, general craft and so on. Di bahagian kraf tangan, pelajar dilatih untuk buat bakul menggunakan gulungan kertas dan lilit tali pada tools yang disediakan.

- Sheltered Workshop : Menyediakan pekerjaan kontrak seperti packing, sorting, mailing etc mengikut kontrak yang pihak Wisma Harapan dapat.

Kalau nak buat volunteer, internship atau lawatan pon boleh dekat sini. Masa aku pergi sini selama 5 hari, ada guru-guru pendidikan khas dan juga pelajar-pelajar dari Australia datang buat lawatan. Pelajar-pelajar Wisma Harapan turut diajar berenang dan menunggang kuda pada hari-hari tertentu.

Kalau nak datang guna public transport, aku suggest naik monorel dan turun dekat Tun Sambanthan. Kalau nak turun dekat KL Sentral pon ok jugak tapi kena jalan jauh sikit. Nak solat pon senang sebab sebelah dengan Surau Brickfields Madrasathul Gouthiyah je. Kedai makan ada je dekat-dekat situ tapi kena jalan sikit. Pandai-pandailah pilih yang confident halal.

Info SAMH Wisma Harapan ;-

Wisma Harapan, 522, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Tel : 03-22741457/75
Faks : 03-22734933
Email : wisma_harapan@yahoo.com
Website : http://www.mentallyhandicapped-samh.org/

With Mrs Margeret, pengetua dekat sini

Ni yang aku cakap ikat tali dekat tools tadi tu.
Macam buat kerusi kot lebih kurang

Tempat anak-anak special ni lahirkan kreativiti

Hasil tangan mereka dipamerkan di sini untuk dijual.
Pelanggan boleh request nak bentuk apa, saiz macam mana.

Di EIP, pelajar diajar menggunakan komputer dan kemahiran mereka dinilai

Bermain pasir adalah salah satu cara untuk tingkatkan sensory skills

Muzik turut membantu dalam proses pembelajaran mereka

Bahagian hadapan SAMH Wisma Harapan
Hulurkan tangan kita untuk kanak-kanak ini.

SAMH Charity Carnival 2016
Sunday 27 November 2016
9 am - 4 pm
Venue : Wisma Harapan
Ticket : RM 2
Contact : 03-22741457/75


Sunday 18 September 2016

Andai Itu Takdirnya 2 [novel review]

Assalamualaikum.

Hai!!

Dalam novel Andai Itu Takdirnya 2 ini, Syed Aizril sekali lagi mempercayai hasutan manusia sekelilingnya yang berniat jahat, Datin Sharifah Rosnah dan Sharifah Azreen. Sikap kejam Syed Aizril terhadap Aleya dan anak-anaknya telah mengorban nyawa salah seorang anak mereka. Selain berlaku kejam, dituduhnya Aleya dan keluarga mertuanya hanya ingin menumpang kesenangan sahaja. Sombong dan ego Syed Aizril membutakan mata hatinya. Lalu, bila pintu keinsafan terbuka, sukar bagi Syed Aizril mendapatkan kemaafan dari Aleya, anak-anak dan keluarga mertuanya. Satu-persatu kesalahan Syed Aizril diungkit dan terlayar kembali. Masih adakah kemaafan untuk Syed Aizril terutama dari anak-anaknya?

Masa zaman sekolah menengah dulu, meraung-raung baca novel Andai Itu Takdirnya. Bila keluar versi ke-2, apa lagi, beli lah laju-laju. Siapa yang minat novel Andai Itu Takdirnya, mesti tahu betapa hebatnya impak novel tu sampai membawa nama penulis Siti Rosmizah ke puncak. Sentuhan Siti Rosmizah dalam melahirkan watak yang ekstrem sangat mengagumkan. Walaupun jalan cerita kekejaman Syed Aizril dan ending nya boleh diagak tapi penyampaian setiap scene tu sangat menarik. Part Syed Aizril kejam dengan part dia dah insaf memang match especially bila throwback satu-satu salah dia. Kalau tak faham apa yang aku maksudkan ni, kenalah baca. Aku pon tak pandai nak explain. Hehe. Syed Aizril ni bila jahat, memang jahat betul. Rasa nak tembak-tembak je. Tapi masa dia dah insaf, minta maaf, pujuk bagai tu, kesianlah pulak. Sedih masa anak dia tak terima ayah sendiri. =( Kalau ada Andai Itu Takdirnya 3, Syed Aizril tolonglah jangan jadi jahat lagi. Bagi Aleya pulak ke jadi jahat. =P . 

Ok lah, selamat membaca =D


SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIRNYA 2
Klik untuk gambar lebih jelas

Saturday 17 September 2016

Cinderella and Four Knights Korean Drama

Hai!!!


Drama Cinderella and Four Knights ni dah sampai episod yang ke-10 sekarang ni. Drama arahan Kwon Hyuk Chan ni ada 16 episod semuanya. Bukan pasal Cinderella yang tertinggal kasut pukul 12 tengah malam tu ye. Alkisahnya pasal Eun Ha Won (lakonan Park So Dam) yang tinggal serumah dengan tiga orang cucu jutawan untuk jalankan misi yang jutawan tu bagi. Rumah yang dipanggil Sky House tu diduduki oleh Ji Woon (lakonan Jing Il Woo), Hyun Min (lakonan Ahn Jae Hyeon) dan Seo Woo (lakonan Lee Jung Shin). tiga orang ni memang perangai berbeza dan tak sebulu terutamanya Ji Woon dengan Hyun Min. Misi pertama Ha Won ialah buat tiga orang lelaki tu makan semeja. Misi kedua, minta mereka pergi ke "upacara kematian" (tak pasti istilahnya apa) ayah masing-masing. Misi ketiga, pergi melancong sama-sama dan seterusnyalah. Kalau Ha Won tak berjaya, dia kena pindah dari Sky House. Kalau berjaya, perbelanjaan study dia akan ditaja jutawan tu. 

Dalam drama ni turut menampilkan lakonan Son Na Eun (A-Pink group) sebagai Park Hye Ji. Ji Woon suka dekat Hye Ji tapi Hye Ji suka Hyun Min. Oh ye, ada yang kata drama ni ada persamaan dengan cerita Boys Over Flower. Selain 3 orang cucu jutawan, seorang lagi lelaki ialah pembantu @ PA jutawan tu, Choi Min (lakonan Lee Yoon Sung). 

Watak jahat dalam drama ni macam cerita Cinderella biasa, step-mother and step-sister Ha Won. Tambah pulak dengan isteri baru jutawan tu. Tarikan utama drama ni of course lah cast dalam drama ni. Dah la memang famous meletop-letop masing-masing. Pakej sekali dengan rupa pulak tu. Thumbs up. Tapi yang tak minat nya, semua nak suka (in other word, fall in love) dekat Ha Won. Ish, ish, ish. 

Ok lah, selamat menonton =D

Image result for cinderella and four knight

Tonton online / download Cinderella and Four Knights

Friday 16 September 2016

MZ Cafe & Catering, Bangi

Assalamualaikum

Hi everybody!!!

Aku nak perkenalkan satu restoran yang servisnya memuaskan hati aku. Aku tau fasal kedai makan ni pon masa tahun 1 ke tahun 2 degree dulu. Orang-orang area Bangi dengan Putrajaya memang familiar lah dengan tempat ni. Mula-mula dulu aku suka sebab sistem order dekat situ macam kafe kolej aku. Tak ada catat-catat dekat kertas. Zaman IT dah sekarang.

Lepas 3 ke 4 kali pergi, memang aku puas hatilah servis dia. Tak kena tunggu lama dan kena dengan selera aku. Aku rasa aku dah masuk kategori cerewet kot bab makanan kalau pergi kedai makan. Sebab kita bayar, kan. Bila tak sampai tahap yang aku expect tu, memang stress la. Tapi tak ada la sampai nak lingkupkan meja. =P . Sebab tu aku suka makan dengan orang yang tak cerewet bab makanan. Telan je semua. So, dia lah yang habiskan apa yang tak kena dengan tekak aku. Hehe. Sorry

Restoran ni makin lama makin besar aku tengok. Tiap kali aku datang, ada je yang diperbaharui. Sekarang dah ada macam-macam pilihan makan. Cakap je nak western, ikan bakar, sate, masakan Thai, masakan Indonesia, sampaikan makanan pelik-pelik aku tak pernah cuba pon ada. Masa sampai tu memang nampak banyak gerai-gerai kecil keliling restoran tu. Tak perlu pergi satu-satu gerai untuk order. Kalau order ikan bakar, macam biasalah kena pilih ikan mana yang berkenan di hati. Harga ikan per berapa kilo tah ditampal dekat situ. Confirm mampu milik. Boleh pilih nak masak masam manis ke ke apa ke. Aku baru try siakap masam manis hari tu. 

Dekat sini pon ada surau yang ala-ala camp site. Selesa, luas dan tertutup. Telekung, paip air, selipar semua adalah. Selain dari servis catering, dekat sini jugak boleh tempah dewan untuk majlis kahwin. 


PAKEJ KATERING

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas


PAKEJ DEWAN

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Catering untuk macam-macam majlis disediakan

Sewaan kanopi yang boleh manampung lebih kurang1500 tetamu 


Alamat :

MZ Café & Catering
Lot 5057, Jalan Utama,
Kg Dato Abu Bakar Baginda
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor


No. telefon :
016-4422061
0111-6200061
03-89256004


E-mail :
mzsolution4004@gmail.com
admin@mzcatering.com


Website :
www.mzcatering.com


FB : MZ Café & Catering
IG : MZcafencatering

Monday 12 September 2016

Officially Master Student

Assalamualaikum~~

Hai!!


Isnin minggu lepas (5 Sept 2016) aku officially registered as master student. Alhamdulillah. Pagi-pagi buta tu ada pendaftaran dekat Bangi dan petang pulak ada taklimat di fakulti. Walaupun masa daftar macam serabut sikit tapi alhamdulillah selesai juga. Make sure masa daftar tu bawa surat tawaran, salinan pembayaran yuran dan dokumen medical check-up. Masa turn aku, pendaftar tak minta pon salinan resit sebab dalam sistem dah update kot yang aku dah bayar. So, prepare je la. Just in case. Aku tak bawa dokumen medical check-up sebab dalam website tak pesan suruh bawak. Aku pulak lurus binti bendul. =P . Nasib baik dah upload segala dokumen medical check-up dekat website. Ayoyo. Dah siap daftar tu, bergeraklah ke fakulti untuk dengar taklimat fakulti pukul 2.30 petang.

Hari Selasa (keesokan harinya) ada taklimat course pukul 9 pagi. Jadi jumpalah lecturer and classmates. =D . FYI, course genetic counselling ni untuk 4 semester (2 tahun, 24 bulan). =P . Mesti full-time ok. Tapi atas budi bicara, mungkin boleh buat PJJ. Mesti ada background in science (medical, pharmacy, nursing, genetics, etc). Kalau boleh, nak ada experience in clinical or community work selama 3 bulan. Kalau nak lulus dengan cemerlang nya dalam course ni kena habiskan 43 jam kredit dengan minimum CGPA 3.0, lulus semua subjek dan settle pembayaran yuran apa semua tu.  Nak 3 pointer tu lah haiiii. *Menangis. Petang tu ada taklimat library. Lebih kurang sama dengan PTSL tapi advance lagi. Agaknyalah. Masa degree tak selalu pergi library, masa master ni insaf sikit kot nanti. =P . Maybe. Hehe. 

Untuk hari-hari seterusnya, sambung entri lain pulak. =D

Bila start master, maka tangan pon menggedik post dekat insta. Sebelum ni ada account je, tak post sehabuk pic pon. Hehe. So, rajin-rajin visit and follow my IG, @najwa_zahid.  Jangan lepas ni blog bersawang sebab dah update semua cerita dekat IG sudah. =D 


Salam Aidiladha =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI