Wednesday 2 November 2016

Slot Akasia TV3 7 Hari Mencintaiku


Assalamualaikum.

Hai!!

Image result for 7 hari mencintaiku
Gambar dari Google


Aku tak sabar tunggu 7 November ni sebab nak tengok drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah. Novel 7 Hari Mencintaiku ni memang antara novel kesayangan aku. Dah berapa kali khatam. Karakter hero dengan heroin tu sesuai sangat. Hero (Khuzairi) tu baik bukan main. Heroin (Mia Adriana) pulak garang tapi sebenarnya baik je. Si Khuzairi yang kononnya miskin + kampung je tu sebenarnya doktor. Fuh fuh fuh. Walaupun cliche part kahwin paksa dan kena hidup dekat kampung macam drama yang Amar Baharin & Elizad berlakon tu, tapi best. Cara Mia control mak tiri dengan Syakilla yang nak tackle Khuzairi tu style. Bila datang perangai kejam Mia tu, memang melampau terus la. Tang mana datang 7 hari tu? Kenalah tengok. Kalau novel, hujung-hujung baru sampai part 7 hari tu. Harap-harap drama TV pon meletop macam dalam novel tau. 

Tajuk : 7 Hari Mencintaiku
Episod : 28 episod
Novelis : Siti Rosmizah
Arahan : Jamal Khan
Lakonan : Syukri Yahaya, Siti Saleha

Boleh lah baca SINOPSIS untuk tahu lebih lagi. 


Boleh tonton / download di 7 Hari Mencintaiku

Selamat menonton.

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI