Saturday 29 October 2016

Tips Naik Teksi Ikhlas Dari Hati

Hai!!

Haha. Punyalah poyo buat tips naik teksi. Nak naik teksi pon perlu tips ke? Tak adalah tips sangat tapi nasihat dari aku yang banyak gunakan teksi dalam kehidupan seharian ni tau. =P

1) Tahu tempat yang nak dituju

Jangan sekali-kali tanya, "pak cik, nak ke tempat XXX ni berapa ringgit ye?". It's a no no no. (Ini pentingnya tips ke-3). Buat muka confident walaupun first time nak pergi tempat tu dan sebut je nak pergi mana. Alamat yang nak dituju biar jelas. Ada sekali tu pak cik teksi cerita dekat aku, seorang penumpang bagi alamat nak ke Blok A. Blok A bangunan mana entah. Pelik pelik lah hai. Lebih afdal kalau dah buat research destinasi yang dituju. At least tahu landmark tempat tu. Kalau tahu jalan shortcut lagi bagus. Jimat duit. 

2) Cakap biar jelas

Almaklumlah, kadang-kadang ada pemandu yang dah berusia atau lain loghat / slanga nya. Jadi, pastikan dia faham apa yang kita cakap. Kalau dia angguk-angguk tu, jangan ingat dia faham. Pastikan dia bagi respon, ok? Pernah sekali tu aku dengan kawan aku cakap nak pergi The Mines. Tiba-tiba dihantarnye dekat Nouvelle Hotel. Tuhan je la tahu bengang nya tahap apa. Haha. Lain langsung ejaan, bunyi. Semua lain lah. 

3) Pastikan teksi bermeter

Kadang-kadang dekat teksi memang tulis "teksi bermeter" tapi meter nya tak pasang pon. Masa ni, faham-faham lah yang duit akan lesap lebih dari sepatutnya. Hehe. Jadi, tanya dulu sebelum masuk teksi. Kalau dulu, dari KTM UKM ke UKM, kalau ditanya berapa ringgit, memang jawapan nya lain setiap pemandu. Range RM 6-RM 8. Kalau nasib baik dapatlah RM 5. Aku selalu tak tanya. Hulur terus RM 6. Confident penting. 

4) Jaga diri

Keselamatan diri penting ok. Nak-nak pulak waktu tengah malam. Jadi, bersedia untuk sesuatu diluar dugaan ye. Phone dah ready untuk call bila perlukan bantuan dan keluar dari teksi kalau keadaan meragukan. Aku tak pernah alami lagi keadaan yang pelik-pelik masa naik teksi tapi always ready kalau naik sorang-sorang. Tak kisah lah siang ke malam. 

5) Sedia duit kecil

Janganlah bagi pak cik teksi tu sampai RM 100 padahal tambang nya RM 10 je. Berpadalah ye. Kalau ada baki tu jangan segan nak minta sebab kadang-kadang dia pejam mata je baki tu. Kecuali kalau nak sedekah, baguslah. 

Ok lah, sekian saja tips naik teksi yang ikhlas dari hati aku. Haha. Nak senang lagi, naik Uber. Aku tak pernah try lagi. Kalau ada tips atau cerita naik teksi yang nak di kongsi, comment ye. Thank you


2 comments:

  1. Bab duit kecil tu memang setuju, kadang-kadang kita pula yang kena pergi tukar duit... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya x pernah lg kena gitu tapi kalau dia ambik terus baki yg sikit2 tu adelah. halalkan jela... nk buat mcm mne

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI