Saturday 30 July 2016

W - Two Worlds Korean Drama

Hai!!



Siapa yang minat drama Korea tapi tak tengok drama W lagi pergi tengok cepat. Best sangat drama ni. Lain dari yang lain. Drama 16 episod ni dah mula ditayangkan 20 Julai baru-baru ni (Rabu & Khamis, 10 pm). 

Pelakon drama W : 
- Lee Jong Suk sebagai Kang Chul
- Han Hyo Joo sebagai Oh Yeon Joo
- Jeong Eu Gene sebagai Yoon So Hee
- Lee Tae Hwan sebagai Seo Do Yoon
- Kim Eui Sung sebagai Oh Sung Moo

Sinopsis/review :

Ayah Oh Yeon Joo, Oh Sung Moo ni kartunis yang lukis webtoon bertajuk "W". Kang Chul tu watak utama webtoon "W". Satu hari, Oh Sung Moo perasan yang scene dia tak lukis wujud dalam webtoon tu. Dari situ lah dia tahu yang dunia webtoon lukisan dia tu wujud. Oh Sung Moo lukis scene untuk bunuh Kang Chul sebab dia nak tamatkan kegilaan yang berlaku. Tapi entah macam mana, Oh Yeon Joo yang kerja sebagai doktor ni terbawa ke alam webtoon dan jadi penyelamat Kang Chul. Jadi, watak Kang Chul tu tak mati-mati. (Kang Chul ni sepatutnya mati bunuh diri dekat jambatan lama dulu dah tapi masa tu tiba-tiba dia tak jadi bunuh diri sebab nak cari siapa pembunuh sebenar keluarga dia.) Maka bermulalah kisah cinta antara doktor perempuan di dunia nyata dengan President Kang yang kaya raya di dunia webtoon. 

Great actor and actress. Amazing.

Tonton online / download : W - Two World


7 comments:

  1. Siqah tengok drama ni! Best best! Satu kelainan gabungkan dunia webtoon dan realiti. Suka hero dan heroin. Comel je berdua 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. best and plot dia laju. episod 4 mmg gempak la

      Delete
    2. Serius gempak. Suka sangat dorang.. Tapi ep 5 dan ep6 dah start pening lalat. Hahaha.

      Delete
  2. best giler kt cte dia.. gempak! xshabar tggu next episode!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha! Kan. mmg best sgt3. me too. xsabar tunggu episod akan dtg

      Delete
  3. Best gileeeer cerita niiih .. dah laah memang minat dgn hero & heroin. Dua dua cute. Jalan crita drama niih menarik. Lain dr crita korea yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3. sya minat heroin tu start dia dtg kat RM. jln cerita drama ni mmg rare sikit. tu yg best

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI