Friday 4 March 2016

Tumpang Gembira Result SPM



Hai!

Semalam aku dapat berita yang aku dah jangka, junior masa aku sekolah menengah merangkap adik rakan seperjuangan aku jugak dapat 11A dalam SPM. Alhamdulillah. Sebenarnya aku tak ingat yang dia dah Form 5. Hehe. Dulu masa dia Form 1 (aku Form 5), aku rapat jugak dengan dia siap sedih-sedih lagi aku nak habis sekolah. Haha. Result dia tak pernah tak gempak dari zaman batu lagi. Jadi aku sekali teka je dah tahu dah dia dapat straight A's tu. Aku tak dapat dulu tak apa lah. Aku tumpang happy je dia dapat apa yang aku terlepas dulu. Aku nak bagi hadiah tapi tak tahu nak bagi apa. Kalau main bagi je, takut dia tak suka. Kalau tanya apa dia nak, kang aku tak berkemampuan pulak nak beli. Huhu. Please suggest to me the best gift to give to her as my sister. Women's accessories? Clothes? Books? Assorted gift basket? 

Aku harap dengan result SPM ni, adik-adik yang baru habis Form 5 tu dapat nampak apa yang awak semua kena buat dari sekarang. Ini permulaan kalian. Jangan sedih dengan keputusan yang tak sehebat orang lain sebab masa depan tu jauh sangat lagi. Tak hebat sekarang, tak semestinya tak hebat selamanya. Bangun dan usaha lagi.

Fighting!

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI