Sunday 21 February 2016

Innocent Man Korea Drama

Hai!!

Hari ni aku nak share satu drama lakonan Song Joong Ki dan Lee Kwang Soo.

Tajuk: Innocent Man (Nice Guy)
Tarikh ditayangkan: 12 September 2012
Episod: 20 episod
Pengarah: Kim Jin Won
Pelakon: 
- Song Joong Ki (Kang Ma Ru)
- Moon Chae Won (Seo Eun Gi)
- Park Si Yeon (Han Jae Hee)
- Lee Kwang Soo (Park Jae Gil)

Sinopsis/review:

Kang Ma Ru dan Han Jae Hee ni bercinta sejak zaman muda-muda lagi tapi satu hari tu Jae Hee terbunuh seorang lelaki ni. Ma Ru suruh Jae Hee lari dan dia yang serah diri dekat pihak polis menggantikan Jae Hee. Ma Ru ni genius dan seorang pelajar perubatan. Tapi dia dibuang sebab kes bunuh tu. Bila Ma Ru dah keluar dari penjara, dia dapat tahu yang Jae Hee ni dah jadi isteri kepada seorang jutawan. Ma Ru dekati anak tiri Jae Hee, Seo Eun Gi untuk dapatkan Jae Hee balik. 
Tak lama lepas tu Ma Ru dapat tahu Jae Hee ada hubungan sulit dengan pembantu kepada jutawan tu pulak. Lagilah dia bengang. Masalah ni jadi makin complicated bila Ma Ru dan Eun Gi accident lepas langgar kereta masing-masing. Pada hari yang sama juga jutawan tu mati. Lepas accident tu, Eun Gi hilang dan perangai Ma Ru berubah mendadak.

Drama ni memang buat penonton geram dengan Jae Hee dan stress bila Ma Ru tu still sayang Jae Hee walaupun kena perangkap banyak kali. Bila Eun Gi hilang tu, Jae Hee nak ambil alih syarikat Taesan milik jutawan tu. Tapi Eun Gi bukan senang-senang je menyerah bila dia dapat tahu pasal tu. 

Kenapa Kang Ma Ru dan Eun Gi langgar kereta masing-masing? Siapa bunuh jutawan tu? Apa dah jadi dengan Eun Gi lepas accident tu sampai dia kena hilangkan diri? Kenapa Kang Ma Ru berubah? Tengoklah drama ni. Best dan tak membosankan. Bila tengok perangai Kwang Soo lagilah tak bosan. Haha.

Drama ni aku dah ulang dua kali dah. Tapi baru-baru ni aku tengok ada ditayangkan dekat KBS World channel 391. Pukul 5.05 petang sampai 7.25 malam. Sehari 2 episod berturut-turut. Aku tengok je lagi sekali dekat TV tu walaupon dah hafal dah plotnya. Tarikan utama drama ni haruslah pelakonnya dan disertai plot cerita yang menarik. Aku suka drama yang complicated tapi tak heavy sangat sampai tak faham apa dia nak cerita. 


Muka genius masa dia Ma Ru tengah study dengan Jae Hee.

Tonton online Innocent Man
Selamat menonton.

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI