Friday 29 January 2016

Produce 101 - Viewers Are Producer

Hai!!

Aku nak share satu reality show yang baru ditayangkan, Produce 101. Dihoskan oleh Jang Keun Suk yang famous dengan lakonannya dalam drama You're Beautiful. Rancangan ni adalah untuk pilih 11 orang ahli girl group Kpop daripada 101 orang yang berbeza agensi. The agency's pride is on the line. Agensi-agensi besar Korea turut menyertai program ni seperti JYP, CUBE etc. Para penonton yang akan memilih 11 orang yang layak menjadi Kpop girl group. 100% viewers right. Macam-macam latar belakang trainee dari pelbagai agensi dapat kita tengok dalam show ni. Ada yang dah debut dah pon sebelum ni tapi jadi trainee balik. Ada yang dah 10 tahun jadi trainee tapi tak debut pon lagi. Ada yang memang dah famous walaupon tak debut lagi. 

Show ni aku agak untuk pastikan tak ada cakap-cakap belakang kata Kpop ni miming je, tak ada bakat pon, harapkan rupa je etc. Jadi sebab tu 100% penonton yang tentukan siapa yang layak dan orang macam mana yang mereka nak jadikan ahli girl group.  Selain dari tu, show ni adalah show pertama entertainment agencies bergabung untuk membentuk satu girl group yang akan debut pada April tahun ini. 

Untuk episod pertama baru ni, selepas peserta buat persembahan dan diberikan komen oleh juri / trainer / senior, mereka dikelaskan kepada enam gred (A,B,C,D,E dan F) mengikut kebolehan masing-masing. Gred tu penting untuk sistem pembelajaran yang lebih sistematik. 

Ada half-sibling Kim Soo Hyun tau. Siapa? Tengoklah. Sedap juga dia nyanyi. Somi SIXTEEN pon ada. Aku kenal Somi je. Yang lain-lain aku tak kenal. Hehe. 

Tonton onlinePRODUCE 101

Selamat menonton. 


6 comments:

  1. Diorang sekarang banyak buat variety macam ni sebelum debutkan sesebuah group tu kan T_T Dah jadi macam trend dah. WINNER, iKon, Monsta X, TWICE. heheee. Tapi kadang2 tengok k-groups ni kesian juga sebab dkat Korea memang serius ada banyak girl's groups dan boy's groups. Competition dlm industri muzik di Korea memang tough.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu. mkin ramai smpai ada yg sya x tau pon group tu wujud. bkn sng nk jd mcm SNSD ke Wonder girl ke.

      Delete
    2. SNSD memang legend. Serius suka dengar lagu diorng lagi2 semuanya cantik2 kan.

      Delete
    3. Semua makin cantik. jealous. haha

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI