Friday 8 January 2016

7 Cara Nasihat Adik Yang Degil


Hai! Baru-baru ni senior aku tanya pendapat aku, macam mana nak nasihat adik yang degil. Aku jawab " biarkan je". Hehe. Sebab aku tak pernah pulak nasihat adik aku suruh jadi baik ke apa. Kalau bab-bab belajar tu adalah jugak sekali sekala. Apa yang dapat aku fikir untuk jawab soalah tu ialah :

1. Jangan tegur kesalahan adik kita depan orang

Jangan sound, perli, atau marah adik kita depan orang ramai termasuklah dekat saudara mara. Jumpa dia personally dan tegur dari hati ke hati. Kalau tegur kesalahan dia depan orang, apa yang kita tegur tu tak masuk pon dekat fikiran dia. Masa tu hati dia tengah bengang dengan kita yang tak pasal-pasal nak marah. Kalau kita kena marah depan orang tiba-tiba, bengang tak?

2. Nasihat waktu mood dia baik

Pergilah tengok wayang sama-sama, lepak, atau buat aktiviti yang dia suka. Sambil-sambil tu kita tegur la sikit-sikit. Jangan terus straight to the point. Bagi dia absorb dulu dengan topik yang kita bukak tu, baru cakap apa kita nak nasihat. Skill tu penting, ok?

3. Jaga kata-kata

Masa kita tegur tu, mesti dia lawan cakap kita punya. Kalau adik yang jenis tak melawan tu, baguslah. Alhamdulillah. Kalau kita cakap sepatah, dia balas 100 patah, kita jangan lawan balik. Jaga apa kita cakap. Jangan cakap macam kita tak pernah buat salah. Cakap dekat dia yang kita faham apa dia rasa atau kita pon pernah lalui situasi tu. Bagi dia rasa dekat untuk bercerita dengan kita.

4. Jangan perlekehkan tindakan dia

Kalau dia mencuri, buli, atau buat kesalahan apa pon, jangan bantai cakap kat dia, "kau tak boleh fikir ke?" "kau tak tahu ke benda tu salah?" "kenapa kau buat sampai macam tu sekali?" "bila kau nak matang?". Jangan, jangan, jangan. Walaupon dalam hati ni memang nak cakap, tapi sabar. Sebab nanti dia tak ingat nasihat kita tapi ingat kata-kata kita yang persendakan dia.

5. Elakkan pergaduhan

Kalau perempuan ni dia tak adalah sampai sepak-menyepak kan. Tapi lelaki ni susah sikit. Dia luahkan rasa marah tu dengan tumbuk-menumbuk, tampar-menampar. Kawal emosi. Kalau adik kita mulakan, kita jangan lawan balik. Tenangkan dia. Kalau dua-dua panas, lain pulak jadinya nanti. Ke hospitallah jawabnya.

6. Minta bantuan ibu atau bapa jika perlu

Jangan beritahu ibu bapa awal-awal sebab selalunya kita mesti tak nak ibu bapa tahu yang kita ada buat salah. Kan? Jadi, jangan jadi kaki mengadu. Selesaikan sesama adik-beradik dulu. Minta abang atau kakak pula nasihatkan adik yang bermasalah tu. Kalau dia tak nak dengar jugak, baru minta bantuan ibu atau bapa. Atau ye. Selalunya beritahu ibu la kan sebab ibu ni nasihat lembut sikit. Kalau dua-dua dapat tahu, nanti dua-dua bahan budak tu, memang sakit la. Kita juga yang rasa bersalah nanti. Lepas dah beritahu tu, terserahlah pada orang tua kita nak buat macam mana.

7. Doa

Tugas yang paling penting ialah doa. Minta supaya hati dia lembut dan diberikan hidayah. Adik kita nakal ke, baik ke, kita tetap kena doa.

Selamat beramal dan semoga bermanfaat. 


10 comments:

  1. bersembang pada masa dia paling cool ...

    ReplyDelete
  2. Stres drngan adik

    ReplyDelete
  3. Stres dengan adik

    ReplyDelete
  4. Nombor lima tu tak betul sangat... Adik aku tomboy suka sepak tumbuk susah😓

    ReplyDelete
  5. Adik saya jenis ssh nk di bawa bincang🙃 ..kdg² buntu nk fikir cara nk nasihatkan dia...bila nk di nasihatkan trus melawan....sbb di jnis yg ska memberontak

    ReplyDelete
  6. Samalah. Memang geram. Benda kecil dia sengaja besar-besarkan. Mmg selalu nangis sebab perangai dia. Dengan kawan-kawan dia berlembut, tapi dengan kakak, kasar betul. Sebabkan hal ni, benda yang bukan salah aku pun, aku salahkan saja diri sendiri. Takpalah mungkin dia mmg x suka aku :'(

    ReplyDelete
  7. Encik macam mana nak tegur adik bila saya main game,adk sy selalu rampas HP sy..dia pn nak main jg.klu gilir2 die jg yg lebh masanya..terima kasih atas nasihat tuan.

    ReplyDelete
  8. klau nasihat tu tak jaln jgk nk wat camne ?

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI