Wednesday 4 November 2015

The Warung Halal



Hai!! Baru sekarang aku ada masa nak menulis. Tengah hari tadi baru habis exam. Tinggal satu paper lagi 17 Nov nanti. Fuhhh. Letih weh. Haha. Takpe, nama pon belajar. Blog aku still tak boleh nak upload gambar. Apa entah masalahnya. Stress betul.  Tak feel lah kalau tulis entri tak ada gambar. Haishh. Tak apalah, aku cerita je dulu. Nanti bila blog aku dah ok, aku update gamber ye.

Masa pesta konvo hari tu kan aku ada kata yang aku pergi Warung Halal. Apa Warung Halal ni? Kedai makan apa? Mamak ke? Bukan tau, bukan. Ni program ceramah. Tajuk ceramah tu, "Hawa Kota : Mahu Adam Yang Bagaimana?". Gitu ha tajuk. Feeling-feeling nak kahwin gitu. Ustaz Halim Hafidz jadi moderator. Panelnya Imam Muda Asyraf, Hilal Asyraf dan Zizan Nin. Memang sempoilah ceramah tu. Tak adalah keluar fatwa bagai je 24 jam. Penyampaian yang santai, mudah faham dan memang menusuk kalbu. Yang kelakarnya, Ustaz Halim asyik bergaduh je dengan Imam Muda Asyraf. Nampak la kamceng sebab siap bergurau macam tu. Ada beberapa point yang aku tertarik, aku catat. Ni je yang aku catat tapi harap dapat jadi peringatan bersama.

1) Nikah untuk dekatkan diri dengan Allah.
Ada satu kisah, dulu Umar Al Khattab minta anak lelakinya menceraikan isteri anaknya itu. Tetapi anak Umar Al Khattab tak nak. Lalu, anak Umar ni pergi jumpa baginda Nabi SAW dan mengadu apa yang Umar Al Khattab arahkan.Tapi, Nabi pun setuju dengan cara Umar. Kenapa Nabi setuju? Bukan cerai-cerai ni tak elok ke?
Sebab, anak Umar Al Khattab semakin jauh dengan Allah sejak dia berkahwin.
Lebih kurang macam ni la kisahnya. Kalau salah, mohon betulkan. Ringkasnya, kahwin ni untuk makin mendekatkan kita dengan Allah dan syurga-Nya bersama pasangan kita. Bukan makin jauh tau. Faham tak?

2) Bersedia untuk kahwin
Hilal Asyraf kata, kena bersedia dari segi material, fizikal dan spiritual untuk berkahwin. Pesanan ni untuk yang nak berkahwin di usia yang muda, belajar tak habis lagi, kerja pon tak lagi. Bukannya salah nak kahwin awal. Tapi tanya pada diri sendiri, bersediakah? Tak perlu banglo tiga tingkat siap kolam renang sebelah bilik bagai, tak perlu kereta empat lima buah, sangat tak perlu. Cukup sekadar bersedia untuk jadi pemimpin dan bina rumah tangga ikut sunnah Rasulullah. Hidup bersederhana tapi bahagia dan barakah. Fuh ayat. Aku ke yang tulis ni? Haha.

3) Jangan niat nak berubah lepas kahwin
Ni memang kena tepat hujung hidung aku. Kuang,kuang,kuang. Yela, nak rajin bila dah kahwin la, nak masak macam-macam lepas kahwin, nak diet bagai. Merepek. Serius merepek. Yang lelaki pulak nak stop merokok, stop DOTA, stop tidur lepas Subuh. Semua lepas kahwin. Macam mana nak berubah on the spot lepas kahwin kalau tak practice dari sekarang? Jangan berangan je tapi practice. Kita manusia, bukan robot yang bergerak ikut setting mode. Kita ada kehendak dan tabiat yang kita susah nak ubah. Tak kan sehari kahwin terus berubah 180 darjah.

4) Mahar untuk isteri
Sekarangkan kecoh pasal hantaran ke mas kahwin mahal kan. Ada yang cakap, bayar hantaran mahal, tapi masak pon tah apa-apa. Tak pandai buat kerja rumah apa semua tu. Orang tua dulu-dulu tak kena bayar hantaran mahal pon, tapi masak superb. Lepas tu ada pulak yang cakap, mak ayah perempuam tu labur duit beribu untuk pendidikan, untuk besarkan anak dia, kau sesenang nak murah. Berkira bagai. Adoi. Macam-macam pendapat orang. Senangnya macam ni.
Ustaz Halim suruh orang perempuan tutup telinga sebab dia nak bagi pesanan dekat orang lelaki. Tapi aku tak de lah nak tutup. Ustaz tanya, berapa hantaran Rasulullah bagi dekat Saidatina Khadijah? Aku pon ingat-ingat lupa berapa tapi yang aku tahunya, unta la yang Nabi bagi. Lepas tu baru Ustaz cakap, Nabi bagi 20 ekor unta. Kalau zaman sekarang ni, entahlah harga seekor unta tu berapa. Lembu pon dah beribu. Maksudnya, Ustaz nak lelaki bagi banyak la hantaran tu.
Lepas tu, Ustaz suruh lelaki pula tutup telinga sebab dia nak bagi pesanan dengan orang perempuan. Ustaz cakap, sebaik-baik wanita adalah yang paling rendah maharnya. Selalu juga dengar ayat tu. Hadith apa aku tak pasti. Maksudnya, Ustaz nak perempuan jangan letak harga mahal sangat.
Kesimpulannya, bersedarhana. Bagi seikhlas hati. Tak mahal sangat sampai melampau-lampau. Tak murah sangat sampai kecik hati pihak keluarga perempuan. Tu je.

5) Haramkah bercinta sebelum nikah?
Hilal Asyraf kata, yang haram tu haram. Yang halal tu halal. Sebelum ke selepas nikah bukan soalnya. Perasaan tu tak boleh dikawal. Kalau dah jatuh cinta sebelum nikah, nak buat macam mana. Bukan boleh putar balik masa. Tapi selagi tak buat perkara yang haram, tak haramlah jatuh cinta tu. Walaupun dah nikah, kalau buat perkara haram, haramlah jawabnya. Apa yang haram buat lepas nikah? Sendiri Google.

Kan dalam ceramah-ceramah ni mesti ada sesi soal jawab kan. Ada la sorang mamat tu dia tanya, ada tak jodoh dia yang datang ceramah tu? Memang tah hape-hape weh. Tapi dia berjaya la memeriahkan suasana. Sempoi betul soalan. Habis panel-panel speechless. Satu lagi, aku tak percaya betul umur Zizan Nin dah 40 lebih. Serius tak percaya. Aku ingatkan dalam 30-an gitu. Memang awet muda la.

Ok la. Ni je aku mampu tulis. Ada lagi nak tulis tapi susah nak sampaikan guna bahasa yang mudah difahami. Heee.


No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI