Wednesday 18 November 2015

The Village : Achiara's Secret

Hai!!
Aku dari semalam maraton drama The Village : Achiara's Secret. Baru sampai episod 11 aku tengok. Semuanya ada 16 episod. Cerita dia best tapi complicated. Cerita pasal seorang perempuan nama dia Han So Yoon (nama sebenar Moon Geun Young) yang balik negara asal dia untuk cari keluarga yang dia rasa wujud tapi tak pernah jumpa. Dia mulakan pencarian dari sebuah kampung nama Achiara. Dekat kampung tu dia jadi cikgu Bahasa Inggeris. Hari pertama dia mengajar tu, dia terjumpa mayat yang dah lama. Kecohlah sekampung. Mayat tu rupanya mayat Kim Hye Jin (nama sebenar Jang Hee Jin) yang dah lama menghilangkan diri. Yang peliknya, tak ada siapa kisah pasal kehilangan Kim Hye Jin. Macam-macam benda jadi waktu So Yoon cari keluarga dia tu sampailah dia dapat tahu yang Hye Jin tu kakak dia yang dah tukar nama. Pertalian family dalam cerita ni memang berbelit. Tapi buatkan aku tak sabar nak tahu siapa pembunuh Hye Jin tu. Lepas tu, ada pembunuhan lain juga berlaku dekat kampung berdekatan dengan Achiara tu. Ramai orang mati untuk halang So Yoon jumpa jawapan siapa keluarga dia. Harap-harap ending cerita ni tak buat aku geram. Haha.

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI