Saturday 14 November 2015

The Landslides



Hai. Aku baru sampai Bangi ni lebih kurang pukul 10 malam semalam. Sepatutnya aku naik bas dari Pahang pukul 10 pagi semalam. Tapi disebabkan ada tanah runtuh dekat Lebuhraya KL-Karak, ditambah pula dengan banjir kilat, makanya laluan bas terhalang. Pihak bas yang aku selalu naik tu tak putuskan lagi untuk lalu dekat laluan alternatif. Pak cik bas yang jaga kaunter tiket tu kata dia pon tunggu arahan orang atasan dia ke apa tah. Aku dah macam "ergh". Stress tapi terpaksa redha je la. Dah tak kan aku nak terbang pulak. Tapi at the end, ayah aku decide dia hantar aku balik U. Kalau aku tak balik U dengan alasan ada tanah runtuh tu, kelas dan due date assignment tetap sama. At last, aku yang tertinggal kelas segala bagai. Maka, jutaan terima kasih dekat mak dan ayah sebab hantarkan walaupun jauh perjalanan dan mak ayah pon banyak kerja jugak. Dah la nyaris-nyaris nak kemalangan dekat satu simpang 3 semalam. Dekat jugak la nak sampai U waktu tu. Masa tu ayah main terus je sebab dia tak nampak lampu merah. Maybe penat ke apa, dia confuse pula waktu tu. Kereta lagi satu bawak laju sebab dia nak kejar lampu hijau. Nasib baik dua-dua kereta sempat break. Last-last, semua kereta berhenti. Masing-masing terkejut, cuak bagai. Dua-dua salah sebab waktu tu turn lorong lagi satu yang jalan. Kereta yang kejar lampu hijau tu tak marah  sebab aku rasa dia ingat tu salah dia mulanya. Mungkin dia ingat memang turn ayah aku yang jalan waktu tu. Macam-macam mana pon, syukur alhamdulillah dapat balik dengan selamat.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari berita di Astro Awani atau mana-mana laman web yang boleh dipercayai.

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI