Saturday 28 November 2015

The Korean Variety Show

Hai. Morning!!

Aku dah memang tak ada kerja ke apa ni nak bercerita pasal variety show Korea pulak. Semalam dah cerita pasal Korea Medical Drama. Korea memang banyak sangat variety show dan ia berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ha, gituhhh. Sama juga macam idol group. Aku dah tak terikut dah Korea punya muzik Kpop. Ahli-ahli dalam group tu kalau tak menonjol sangat, memang aku tak kenal. Aku dulu masa Form 2 aku minat Korea tapi tak fanatik sangat sebab duduk hostel. So, tak berapa tahu sangat la pasal apa lagu latest ke apa kan. Masa tu musim SS501, Super Junior, TVXQ etc kalau tak salah aku. Lepas tu dah suam-suam kuku. Tiba-tiba masa awal-awal masuk Uni ni, abang aku yang start cerita pasal Kpop semua dekat aku. Aku pon apa lagi, mula la minat balik. Haha. Ok, dah. Berbalik semula pasal variety show. Yang aku list dekat bawah ni variety show yang aku tengok dan pernah tengok. Hehe. 

1) Running Man

As expected, aku tengok show ni. Show ni la yang abang aku promote dekat aku suruh tengok. Lawak katanya. Dulu aku tak faham sangat lawak dalam show ni sebab tak pandai BI kan. Lama-lama aku dah pandai dah. Haha. Aku belajar BI dari show-show macam ni la kalau nak tahu. Running Man ni orang yang tak minat Korea pon boleh layan. Setiap ahli dalam ni ada watak masing-masing yang hampir serupa dengan watak asal kehidupan sebenar mereka. Cuma kalau dalam variety show ni, mereka exagregate je. Setiap episod ada tema dan mesti selesaikan misi di setiap check point gitu untuk dapatkan clue.  Clue tu penting untuk misi terakhir. Tapi selalunya tak tetap juga game show ni. Mereka pelbagaikan cara untuk lebih menghiburkan orang. Pada asalnya, Song Ji Hyo bukan ahli dalam Running Man ni. Mula dari episod berapa entah, Ji Hyo start jadi ahli. Mula-mula dulu ada Song Joong Ki. Tapi sebab dia busy dengan kerja, kena masuk military service (army) semua tu, dia dah tak jadi ahli dah. Aku kumpul variety show ni dari episod 1 sampai yang latest. Hehe.


2) We Got Married
Show ni memang dah tua sangat dah kalau tak salah aku. Dah macam-macam konsep dah tukar. Dah macam-macam pasangan artis dah yang join show ni. Dulu aku suka tengok sebab couple yang baru kenal tu macam segan-segan gitu. Sekarang aku tak berapa rajin nak tengok sebab over sangat. Show ni ada yang Global Edition punya. Maksudnya artis Korea dengan artis luar dari Korea jadi couple. Boleh pergi link ni untuk tahu couple yang ada. Pandai-pandai la pilih mana yang best. Taste masing-masing. Hehe. Aku suka tengok TaEun, Jjongah, JoonMi, Lettuce, YongSeo, dengan KhunToria. 

3) Roommate


Roommate Season 1

Roommate Season 2
Show ni ada dua seasons je. Kisah artis yang tinggal dekat rumah parent, tinggal sorang-sorang dan tinggal dengan kawan-kawan dikumpul dalam satu rumah. Dari situ mereka belajar nak interaksi, tanggungjawab, semua buat sendiri tanpa parent tolong dan lain-lain. Masa 1st season tu ada Ga Yeon. Dia ni female fighter. Kira lain prefession la dari orang lain. Orang lain semua penyanyi pelakon macam tu. Masa episod akhir kalau tak salah aku Season 1 tu, Ga Yeon menang lawan dengan sorang female fighter Jepun. Dasyat, dasyat. Season 2 macam mana pula? Tengoklah. Heee.

4) Happy Together
 
Show ni dah berzaman dah tapi still rating dia tak turun sebab Jae Suk jadi host dalam show ni. Dah sampai 400 lebih episod. Musim ke 3 dah pon. Setiap minggu ada tema dan artis yang dijemput berkaitan dengan tema tu. Lepas tu berceritalah pasal tema tu. kalau nak tengok semua episod, boleh muntah. Pandai-pandai la pilih episod yang ada artis yang diminati atau topik yang fun untuk tengok. Kalau dekat sini, dia dah buat cover episod tu dengan muka artis yang dijemput minggu tu. Jadi, senanglah nak pilih. 

5) The Return of Superman
 
Show ni cute weh. Pasal ayah yang kena jaga anak dia. Dulu aku minat tengok Choo Sarang tapi sekarang dia dah besar sikit dah. Aku minat tengok Triplet dengan Twin tu pulak. Dulu ada Haru. Episod berapa entah. Kalau macam Sarang dengan Twin tu, dari awal show ni dah ada. Yang lain-lain tu je betukar-tukar. 
Comel tak Triplet ni? Macam-macam perangai ni. Best

Aku tak larat nak cerita satu-satu. Aku list kan link je ok? Ke nak aku ceritakan juga? Kalau ada request baru aku cerita.

i) Brave Family
viii) Beauty Bible

Ni je la yang aku rasa patut disyorkan untuk tengok. Semuanya dalan KshowOnline je. Ok, daaa...









No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI