Wednesday 18 November 2015

Astaka Morocco Putrajaya


Hai. Nak sambung cerita lepas pergi Aquaria KLCC hari tu. Petang tu kami pergi Astaka Morocco. Aku ni asyik dok pikir ejaan dia "Astana" bukan Astaka. Confuse. Dengar nama macam North African punya istana je =P. Dalam perjalanan pergi tu, hujan lebat. Tapi nasib baik masa sampai dekat parking Astaka Morocco tu hujan dah renyai-renyai dah. Puas juga nak mencari dekat mana tempatnya. Rupanya dekat Taman Botani je. Sebelum ni pergi Taman Botani tak pernah tahu pula ada Astaka Morocco tu.  Bila hujan dah macam nak berhenti tu, kami pergi la bergambar depan pintu gerbang Astaka Morocco tu. Ada dua pasangan pengantin yang rajin photoshoot time-time hujan hari tu. Dengan beberapa orang bridesmaids. Tempat tu aku rasa lawa kalau bukan lepas hujan. Aku jalan jauh sikit dari Astaka Morocco sebab malas nak kacau orang photoshoot. Tengok tasik yang dah tak berapa lawa dekat jambatan tu. Mungkin sebab lepas hujan ke apa, sampai daun-daun bagai berkumpul dekat situ. Ade la ikan dengan kura-kura timbul. Comel, comel. Disebabkan dah petang sangat sebab lama tunggu hujan berhenti, kami tak melawat lama sangat astaka tu. Ambik gambar pon nampak tak berapa lawa. Nanti ada masa aku nak pergi lagi sebab tak puas hati. Heeee.

Ambil gambar dekat Google Image je. Sebab gambar aku ambil tak lawa. Haha. 

Lawa kan tempat ni. Macam oversea. Credit to Google Image.




Ni la gambar yang kawan aku ambil waktu lepas hujan tu. Boleh la buat perbandingan gambar ni dengan gambar yang atas. Jadi, sebelum pergi photoshoot dekat sini, tengok ramalan cuaca dulu. Hehe.

Ok, tu je nak cerita. Daaa.


No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI