Thursday 29 October 2015

The She Was Pretty Drama


Hai ~ ~ ~
Dah beberapa hari aku berdiam diri. Melawat blog orang lain je kerjanya sebab tak rajin nak menulis dekat blog sendiri. Minggu ni dah start mid sem exam. Semalam dah settled plant breeding exam. Apa yang aku tulis pun aku tak tahu. 80 markah, 4 soalan. Oyeh!! Tah apa-apa la aku jawab. Tahap redha betul ni. Minggu depan lagi huru-hara hidup aku. Examssss, presentationsssss etc. (Nampak tak banyak S tu). Ni baru jadi student je. Belum tambah tanggungjawab lain lagi. Memang awesome lah orang yang kerja sambil belajar, dengan anak, isteri/suami lagi. Fuhhh. Tak dapat aku bayang.

Bila aku bosan dengan note, study segala mak nenek ni, aku mulalah mencari drama Korea buat hilang stress. (Stress lah sangat. Alasan!) Maka bermulalah siri maraton drama Korea. Aku sedang maraton drama She Was Pretty. Cerita ni sedang ditayangkan sebab baru sampai episod 11 sekarang ni. Drama ni ada 16 episod. Pengarahnya Jung Dae Yoon. Penulis Jo Sung Hee.

Sinopsis She Was Pretty :
Ada seorang budak lelaki gemuk nama dia Ji Sung Joon (nama asal : Park Seo Joon) selalu kena buli masa kecik-kecik. Lepas tu, seorang budak perempuan cantik nama Kim Hye Jin (nama asal : Hwang Jung Eum) selalu back up dia. Dua orang tu jadi kawan baik yang ada something special gitu. Kim Hye Jin ni ada BFF perempuan, namanya Min Ha Ri (nama asal : Go Joon Hee). Dua budak perempuan ni memang kawan baik sejak lahir. Mak Hye Jin dengan mak Ha Ri ni BFF juga. Masa kecik, Ha Ri tak minat sangat nak kawan dengan Sung Joon sebab dia gemuk. Tak lama tu Sung Joon pindah oversea. Tah macam mana Sung Joon dangan Hye Jin boleh lost contact lepas beberapa kali bertukar-tukar surat.
15 tahun kemudian kalau tak salah aku, Sung Joon dapat contact info Hye Jin dari social media kawan sekelas dia. Dia pun bagitahu Hye Jin yang dia nak jumpa Hye Jin waktu dia balik Korea nanti. Waktu nak jumpa ni lah mula segala huru-hara yang berlaku. Sebab bila dah besar, Sung Joon ni dah tak gemuk macam kecik-kecik dulu. Bapak la segala handsome nya. Tapi si Hye Jin ni jadi hodoh sikit sebab puberty kot. Hye Jin pun suruh Ha Ri yang cantik jelita ni berlakon jadi dia. Ha Ri pon berlakonlah. Nak dijadikan cerita, si Sung Joon ni dapat kerja sama tempat dengan Hye Jin. Dia memang tak cam langsung tu Hye Jin dia masa kecik dulu. Ayoyo. Apa la.
Lama-lama si Ha Ri ni jatuh cinta dengan Sung Joon. Yang best nya, persahabatan dia dengan Hye Jin memang sweet. Tak ada la kawan makan kawan. Ada pulak Choi Siwon kumpulan Super Junior tu berlakon. Kelakar la Siwon tu. Tapi nampak tua sikit. Haha.
Macam mana Ha Ri dedahkan yang dia tu bukan Hye Jin? Kenapa tiba-tiba Sung Joon balik Korea?Apa watak sebenar Siwon dalam cerita ni? Boleh ke Hye Jin jadi cantik semula? Nak tahu? Sila tengok. Hasut ni, hasut. Heeee.

Belit-belit betul relationship watak empat orang ni. Penipuan tu macam bola salji. Makin berguling, makin besar jadinya. 

Ok, sambung maraton. :)


5 comments:

  1. sangat best kan cerita ni...SALLY PUN FOLLOW JUGAK!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. best,best,best. Siwon lawak gilerrr

    ReplyDelete
  4. tak pernah tgk Siwon berlakon macam tu...selalu tgk dia macam gentlemen je! :D

    ReplyDelete
  5. kan, tp lakonan dia mmg menjadi la...dgn jambang nye..lawak btol

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI