Wednesday 21 October 2015

The Typhoid Fever



Hai! Morning! 

Hari Rabu ni sepatutnya jadi hari yang paling sibuk untuk aku sebab kelas dari 8 pagi sampai petang. Tapi disebabkan jerebu yang berleluasa, UKM benarkan kami cuti. Oyeh. Entahlah nak gembira ke bosan. Sebab semalam aku dah tak ada kelas seharian. Hari ni pulak cuti. Bosan wehhh. Bukan aku rajin sangat nak pergi kelas tapi kalau duduk bilik tak tau nak buat apa pun, mereput jugak aku. Huhuhu. Nak keluar shopping time-time jerebu ni memang taklah. Malas aku nak try test kuat ke tak antibodi aku. Kang sakit tak pasal-pasal susahkan diri sendiri.

Lagipun aku risau juga pasal kes demam kepialu di KL dan Kajang. Aku yang dah berzaman tak dengar perkataan kepialu tu rasa curious pula nak tahu macam mana boleh merebak cepat sangat. Wikipedia cakap penyakit ni disebabkan oleh bakteria yang bernama Salmonella thypi (info Salmonella ). Ia merebak melalui makanan dan air yang tercemar. Kalau ada rasa simptom-simptom macam demam ke, sakit perut atau sakit kepala, silalah ke klinik. Jangan anggap sakit biasa-biasa je waktu-waktu macam ni. Pergi je klinik, tak salah pun. Pastikan jaga kebersihan tangan, makan makanan yang diyakini bersih dan minum air yang dah diproses macam air mineral dalam botol tu. Yang susahnya nak kumur-kumur waktu gosok gigi la. Risau juga sebab air paip masuk dalam mulut. Buat sementara waktu ni kumurlah dengan air mineral untuk keselamatan.

Saiz besar terus aku buat ni. Jaga diri ok. 

2 comments:

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI