Tuesday 15 September 2015

The Theater "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" by HAMKA

Assalamualaikum!!

You all, please teman aku pergi teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Please, please, please.
Semangat betul aku nak pergi. Sebabnya aku tak pernah lagi tengok teater yang gah macam ni. Selalunya tengok teater dekat sekolah/uni je. Lagipun, aku dah baca karya HAMKA tu. Bahasa dia memang belit-belitlah aku nak faham sebab aku bukan orang sastera. Tapi mesej dalam cerita tu sampai dekat pemahaman aku. Yang paling membuatkan aku beria, bersungguh nak pergi ni sebab....


Tadaaaa!!!! Ada Amar Baharin. Setakat ni bila dia berlakon, memang darah menggatal aku mulalah menggedik semacam je. Haha. BTW, bukan pelakon tu yang kita kena tengok. Tapi, perhatikan kualiti pementasan, lakonan dan berjaya atau tidak seni penulisan HAMKA diadaptasi lalu dibawa ke pentas teater.

Selain karya HAMKA ni, aku ternanti-nanti karya RAM yang khabarnya akan dibawa ke layar perak. Aku memang tak boleh terima kalau adaptasi tu nanti tak seperti yang peminat RAM bayangkan. Aku minat sangat-sangat tahu tak karya RAM. Peace. Cuma duit saja tak banyak nak beli semua novel beliau.

Nanti aku fikir nak pergi ke tak teater tu. Hehe.

2 comments:

  1. Assalammualaikum... teater ni berdasarkan novel ke ? Seronokla sebab kat sana senang nak tengok teater2 macam ni kan... saya jauh..hehe.

    Apapun, salam kenal. :)

    ReplyDelete
  2. tak tahu nak kata novel ke cerpen sebab tak tebal sangat bukunya. Meh la datang sini. =) salam perkenalan.

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI