Tuesday 29 September 2015

The similarities between writing short story and thesis

Assalamualaikum and hai =D

Tengok tajuk macam nak bagi tip-tip yang berguna je. Kali ni bukan nak bagi tips tapi nak luahkan apa yang aku fikir waktu belajar subjek Komunikasi Saintifik. Subjek ni tentang cara-cara penulisan tesis mengikut Format Gaya UKM. Masa dalam kelas tu, otak aku macam biasa merayau tak tentu hala dan terjumpalah ilham tulis entri ni. Aku rasa ada beberapa persamaan dalam penulisan tesis dan penulisan cerpen berdasarkan pemerhatian aku.

1) Pemilihan Tajuk
Tajuk hendaklah menggambarkan keseluruhan cerita dalam satu ayat yang ringkas, padat dan pendek. Ia hendaklah mengandungi kata kunci yang bertepatan dengan jalan cerita/projek. Tajuk yang catchy dan bermakna amat digalakkan terutama dalam penulisan proposal bagi tesis.

2) Sinopsis vs. Abstrak
Kedua-duanya diperlukan untuk menggambarkan keseluruhan cerita secara ringkas. Pada bahagian inilah yang perlu menggunakan kreativiti agar orang tertarik untuk membaca cerpen atau tesis tersebut.

3) Impak kajian
Bukan nak kajian/cerpen yang eksklusif/bombastik sangat tapi biarlah yang ada tujuan. Bukan sekadar sebab tak ada orang buat lagi. Macam yang aku cakap dalam entri sebelum ni, mesti ada sebab yang kukuh dalam pemilihan projek tersebut. Kalau nak tulis cerita, memanglah kita tak nak yang cliche tapi biarlah yang ada nilai moral dan mendatangkan faedah kepada pembaca. Secara ringkasnya, jangan syok sendiri bila menulis. *amboi kasar. Sorry. Tapi itulah mesej yang aku nak cakapnya.

4) Catat Idea
Habit mencatat sebarang idea yang menjelma adalah penting bagi seorang penulis cerpen/novel dan begitu juga untuk penulisan tesis. Bila dah ada beberapa idea, jadikan ayat yang lengkap secepat mungkin. Jangan kumpul catatan idea sampai bertimbun, lepas tu tak ingat sepatutnya idea tu letak dekat part mana. Buat penat je.
Ha! Tiba-tiba teringat, masa aku tengok cerita Full House, aku pelik juga kenapa hero hadiahkan recorder dekat heroin yang kerja sebagai penulis tapi sekarang aku dah faham dah. Mula-mula aku tak faham la sebab perempuan tu bukannya penyanyi nak record bagai, kan? Baik dia bagi laptop ke, buku ke, ada la function juga. Rupa-rupanya, kalau difikirkan semula, bila penulis dapat idea, dia boleh rekod terus idea yang dia fikir dan cakap. Tak perlulah menulis dekat atas kertas ke, buku conteng ke apa. Nanti idea ke mana, kertas ke mana, pen ke mana. Tengah sedap-sedap menulis, idea hilang. Tak ke haru. Jadi, lagi cepat kalau di rekod sahaja suara dia. Tapi satu hal pula kan nak dengar semula apa dia rekod.  Buatlah yang mana senang dan selesa mengikut kehendak masing-masing.

5) Banyakkan membaca
Lecturer aku cakap, kalau nak ada banyak idea untuk menulis, kena rajin membaca. Yes! Betul tu. Aku setuju 100%. Hehe.
Sebab apa?
Dulu, bila aku nak tulis cerita berwatakkan seorang pesakit Talasemia, aku memang blank habis sebab aku kurang ilmu bab-bab penyakit ni.
Apa jadi dengan cerita aku tulis tu?
Terbengkalailah jawabnya selagi aku tak study tentang penyakit tu. Lagi satu, kalau kita tak banyak buat rujukan, kita akan cenderung menggunakan istilah yang sama sepanjang cerita.
Apa masalahnya kalau guna perkataan yang sama?
Cerita tu kan jadi sangat membosankan. Untuk tulis entri yang pendek macam ni bolehlah nak ulang tapi kalau dah berbelas berpuluh muka surat asyik ulang benda yang sama, memang orang taubat tak nak baca dah.
Macam tu juga dengan tesis. Penggunaan bahasa dan istilah melambangkan pengetahuan seseorang. Elaboration part mestilah tak sama dengan ayat dalam main point.

Contoh ayat ulang :
Ali pergi makan nasi. Ali makan nasi di kedai Abu. Kedai Abu adalah tempat Ali makan nasi.

Ayat macam tu memang menyebabkan karangan atau penulisan kita nampak panjang tapi kurang berinformasi. Boleh faham tak?

6) Peram Tulisan
Ini bukan nak buat pekasam ke apa tau. Ini adalah proses yang sangat penting setelah selesai menulis cerpen/novel/tesis/proposal. Dengan kata lain, jangan buat kerja last minute. *pesanan untuk aku terutamanya. 
Macam mana nak peram?
Bila dah settle tulis satu bab / satu tajuk, biarkan lebih kurang seminggu, lepas tu baca semula apa yang ditulis. Waktu ni kita akan rasa "apa benda yang aku tulis hari tu ni?". Maka, bila ada perasaan macam tu, edit lah ye. Dalam masa peram satu bab tu, bolehlah tulis bab lain dan ulang cara yang sama. Sebab tu tak boleh tulis last minute. Nanti pembaca yang akan cakap "apa benda yang orang ni tulis?Merepek". Alkisahnya, ke lautlah markah FYP kita. Nauzubillah.

Ni tak tahulah membebel/nasihat/pendapat tapi harap berguna untuk pembaca sekalian. <3






No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI