Tuesday 15 September 2015

The Ramadan Story (2)

  Nukilan 26 Ramadan 1436 H.

Buku "Begini, Sayang!" Ditulis oleh penulis yang sama seperti buku “Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari” menceritakan cara mereka menanamkan rasa kecintaan terhadap Islam dalam diri anak-anak mereka. 
Walaupun buku sebegini masih terlalu awal untuk ditelaah oleh orang bujang macam saya tetapi apa salahnya kita belajar melalui orang yang berpengalaman agar kita lebih bersedia menghadapi cabaran akan datang memandangkan generasi Z kita nanti lebih terdedah dengan hebatnya teknologi. Penulis menyarankan agar ibu bapa melayani anak-anak yang asyik bertanya walaupun soalan yang remeh supaya tidak menumpulkan fikiran mereka dan menerapkan kefahaman tauhid dalam jawapan yang diberi. Contoh dan analogi yang mudah difahami serta kreatif perlu disediakan agar anak-anak lebih jelas tentang mesej yang ingin kita sampaikan. Selain itu, pesanan, nasihat dan kata-kata sayang boleh disampaikan kepada anak-anak sewaktu mereka hendak tidur agar minda bawah sedar mereka mudah menghadam apa yang kita pesan. Cerita-cerita para rasul serta perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah juga mestilah sering dikaitkan dengan kehidupan seharian dan diceritakan kepada anak-anak berbanding kisah-kisah dongeng Snow White juga Cinderella. Dua lagi perkara penting yang amat penulis tekankan ialah pelukan ibu bapa dapat membentuk jiwa anak-anak dan ibu bapa tidak boleh memilih kasih dalam mendidik anak-anak. Tidak semestinya anak yang kecil perlu dimenangkan dan menyuruh anak yang lebih tua untuk beralah kerana hal itu akan menanam sifat berdendam, cemburu dan dengki dalam diri anak-anak.




Itu sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan setakat ini. Orang lain cerita tempat-tempat pelancongan yang romantik, barangan kosmetik dan tutorial shawl segala mak nenek. Aku pula cerita fasal buku. Nerd ke? =P Bukanlah. Ilmu ni luaskan. Kongsilah apa yang kita tahu walaupun 1 ayat. Ok kawan-kawan?

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI