Sunday 7 June 2015

The Royal Floria Putrajaya 2015 event

Assalamualaikum..


Ha, boleh ke kalau aku kata biar gambar berbicara? Haha, nampak tak malas nak taip panjang-panjang. 


Semalam aku dengan tiga orang lagi classmates gigih nak pergi Floria. Konon nak hilangkan tension study kan. Ceh. Nak berjalan je sebenarnya. Pukul 6.15 petang kami bertolak dari UKM ke Putrajaya. Singgahlah dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk solat Maghrib. Baru aku tahu ada bahagian solat wanita SAHAJA dalam masjid tu.Selama ni aku tahu tempat solat utama je. Yang tak berapa privacy bagi aku tu. Lepas sembahyang, sesatlah pula nak mencari tempat simpan selipar tadi. Kalau pergi sini jarang-jarang, memang sesatlah jawabnya.

Untuk ke Anjung Floria, kami menggunakan bantuan Waze  *bagi mengelakkan kesesatan.
Tempat kami park kereta tu agak berlubang dan berlopak jugalah. Jadi, pandai-pandailah cari parking. Ada jualan makanan, persembahan dan pameran macam-macam jenis dekorasi bunga dari pelbagai tempat termasuklah Korea dan Taiwan.



Seperti gambar yang tertera di atas, tiket orang dewasa adalah sebanyak RM5.00. Bagi kanak-kanak bawah 6 tahun, FREE!!

Kami tak ronda banyak tempat pun dalam tu sebab penat berjalan. Aku pergi sebab nak berlatih fotografi sebenarnya. Masih guna AUTO sebab nak belajar Rule of Thirds dengan Field Depth dulu. Tapi cubaan kali ni tak berapa membuahkan hasil. Tapi, it's okay. Keep trying. 

Bila perut dah berdondang sayang, kami bergerak ke Taman Warisan Pertanian. Ingatkan nak makan sate atau roti john. Tapi kedai tutup agak awal malam semalam. Mungkin ramai orang datang sebab banyak events sekitar tu. So, bekalan habis awal.

Kami bertolak pulang dan makan di MZ Cafe, Sg. Merab. Aku tak ada ambil gambar dekat restoran ni. Sorry. Biar aku promote sikit. Restoran dan tempat park kereta dekat sini luas. Banyak juga pilihan menu dan pelayan ambil order guna tab saja sekarang ni. Zaman dah maju. Hantar air pun naik roda apa tah. Memang style la. Risau pula aku kalau air tu tertumpah mencurah ke ladang gandum. =P Kami pilih tempat duduk dekat dengan TV. Ingatkan ada la siaran drama Melayu ke, apa ke, tapi tak ada. TV tu untuk iklankan menu yang ada di restoran tersebut. Untuk sesiapa yang malas tengok buku menu, tengoklah TV tu. =P

Lepas makan, balik!!

Sesiapa yang belum berkesempatan untuk pergi ke Floria, dialu-alukan pergi sebab hari ni hari last tau. Kalau pergi siang lagi jelas nampak kecantikan bunga-bunga di situ. Tapi, panaslah. Jadi, sediakan air banyak-banyak. Gambar-gambar di bawah ini antara hasil kerja aku malam semalam.














No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI