Wednesday 20 May 2015

The 'Urat Keting' Soup Restaurant

Assalamualaikum...

Malam ni aku nak kongsikan satu tempat makan yang best bagi aku di Bangi ni iaitu Restoran Sup Urat Keting, Seksyen 7, Bangi. Aku telah beberapa kali singgah di restoran tersebut untuk menikmati makan tengah hari. Jadi kalau malam aku tak tahulah apa menu yang ada sebab aku belum pernah singgah di situ malam-malam. Memandangkan aku jenis yang memilih makanan, aku perlu pergi ke tempat yang menghidangkan nasi campur dengan pelbagai jenis masakan. Alhamdulillah, menu di kedai tersebut tidak mengecewakan dan sedap pada tekak aku. Bersesuaian dengan nama kedainya, mereka menyajikan pelbagai jenis sup terutamanya urat keting. Aku pun belum pernah cuba sup tu sebab tak pernah tahu rasa urat keting macam mana. Tapi supnya memang sedaplah. Ikan bakar yang menjadi kegemaran aku pun ada. Panas-panas lagi diangkat dari tempat bakar. Fuhhh...menjilat jari. Tapi jangan datang waktu anda semua kenyang sebab takut tak habis. Nanti ambil segala jenis makanan sebab nampak menyelerakan, lepas tu tak termakan, macam aku. *kadang-kadang. Pasal harga jangan risau sebab masih berpatutan dan ramai pelanggan yang datang.
Nak cari restoran ni senang saja. Dari jauh nampak signboard kedai yang bertulis "UK". Masuk saja simpang dekat Seksyen 7 tu, dah nampak. Sekitar tu banyak lagi restoran lain. Jadi kalau menu di UK tak sesuai dengan selera anda semua, bolehlah menjenguk ke restoran-restoran lain sekitarnya.
ni gambar yang di ambil dari Google. Depannya ada restoran, belakangnya pon ada restoran. Pilih saja.

*kenapa aku over sangat buat promosi ni?

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI