Tuesday 28 April 2015

The Fire Drill

Assalamualaikum..

malam semalam setelah tertidur dengan lenanya bersama-sama pati prun yang berenang-renang di dalam perutku ini, aku dikejutkan dengan bunyi mercun dan electric shortcut . loceng bergema. apa lagi, bergegaslah ke tempat berkumpul untuk latihan kebakaran. setiap tahun pihak kolej akan mengadakan latihan ini. nasib baik tak lewat sangat mereka buat latihan itu semalam. lebih kurang pukul 1.30 pagi sahaja. kalau dibuatnya pukul 3-4 pagi, memang nak kena. hahaha.

macam-macam pakaian tidur yang dapat dilihat terutamanya yang pelajar perempuan pakai. lawak pun ada. tapi nak buat macam mana, kalau keadaan ni betul-betul berlaku, lagi la tak sempat nak pakai elok-elok. cuma dinasihatkan, jaga aurat. belum waktu darurat lagi. ok.

lepas tu, perut aku memang rasa tak sedap sepanjang latihan kebakaran hinggalah aku masuk tidur semula. tapi, tak adalah rasa nak membuang. cuma rasa bergelora saja dalam perut ini. mungkin Innershine tersebut sedang melakukan tindak balas kimia. ya, mungkin. aku perasan sesuatu. aku banyak melepaskan angin bom-bom atom sejak malam tadi. uppsss.. =) badan aku ni banyak sangat angin. jangan waktu interview angin ni gatal-gatal nak keluar sudahlah.

oklah. doakan aku.


No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI