Saturday 25 April 2015

The D-Day

Assalamualaikum....

memandangkan siang tadi telah berlangsungnya pertandingan Wajadiri, malam ni aku nak cerita serba sedikit tentang apa yang telah berlaku hari ini. tapi aku tak dapat nak update gambar banyak-banyak lagi sebab tunggu cameraman update dulu.
kami bertolak ke Kompleks Sukan MSN, KL pada pukul 7.20 pagi. aku menggunakan masa sepenuhnya untuk melelapkan mata sepanjang perjalanan. sesampainya kami di situ, kami bersiap-siap memakai uniform silat, majlis perasmian, sarapan dan melakukan sedikit warming up. pertandingan berlangsung pada jam 11.15 a.m. *lebih kurang la...
pertandingan dimulakan dengan pasangan pisau, diikuti dengan pasangan tongkat, pasangan kaki, buah jatuh, acara praktikal, umum, papan sekeping dan akhir sekali senaman asas serta buah jatuh kiri. Alhamdulillah team UKM dapat beraksi dengan baiknya walaupun terdapat sedikit kejadian yang tidak diingini.
akhirnya, kami berjaya membawa pulang 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

gambar hari terakhir latihan bersama jurulatih

nervous nak buat persembahan depan jurulatih

muka di pagi hari pertandingan.....mengantuk uollz

persiapan  sebelum bergerak ke tempat pertandingan 

our manager

our team members

aku ingat nak upload video hari terakhir kami berlatih tu, tapi macam tak muat je nak masukkan dalam blog ni. tak apalah, tak ada rezeki.

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI