Saturday 4 April 2015

the new knowledge about photography

minggu ini aku belajar asas fotografi melalui internet. terlalu banyak website yang boleh dijadikan rujukan. paling aku suka, fotografi yang gunakan trick. bukan menipu tapi aku suka idea kreatif mereka. murah tetapi hasil lumayan. untuk langkah permulaan, aku belajar shutter speed, aperture, ISO, leading line, bokeh dan rule of thirds. walaupun aku rasa aku belajar bokeh agak awal, tapi aku suka teknik tu. style!!! 

video ini untuk mereka yang faham bahasa indonesia dan baru mula belajar fotografi.



yang ini pula dalam Bahasa Melayu




ini berita baik untuk sesiapa yang belum beli DSLR. sebenarnya boleh saja ambil gambar yang berkualiti menggunakan smartphone. cuma perlukan kreativiti dan kesabaran. 



yang ini pula teknik bokeh. dari tadi aku asyik ulang perkataan bokeh. apa tu? perkataan bokeh berasal daripada Jepun menurut Wikipedia yang memberi erti "blur" ataupun kabur.



bahan-bahan daripada rumah juga boleh digunakan untuk pertingkatkan mutu dan kreativiti dalam fotografi. contohnya seperti ini.



gambar-gambar yang diambil bolehlah dihadiahkan kepada kenalan dan sebagainya .





inilah serba sedikit yang aku rajin kongsikan. banyak lagi yang aku nak kongsi tetapi jari jemari ni teramat malas menaip memandangkan tuannya baru sihat (lepas demam, masih selsema)








No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI